Thursday, 12 May 2022

Membaca Surah 3 Qul Pada Waktu Pagi dan Petang


Membaca Surah 3 Qul Pada Waktu Pagi dan Petang

Pada waktu pagi dan petang, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’ sebanyak tiga kali. Keutamaan yang diperolehi adalah, akan dijaga dari segala sesuatu (segala keburukan).

“Al-Muawwizat juga dijadikan wirid / zikir di waktu pagi dan petang. Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali diwaktu pagi dan petang, nescaya Allah SWT akan mencukupinya dari segala sesuatu.” 

(HR. Abu Dawud no. 4419, An Nasa’i no. 5333, dan At Tirmidzi no. 3399)

Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 
“Telah diturunkan kepadaku ayat-ayat yang tidak sepertinya iaitu ‘Al-Mu’awwizataini’ (surah An-Naas dan surah Al-Falaq).” 

(HR Muslim no. 814, At Tirmidzi no. 2827, An Naasa’i no. 944)

“Setelah turunnya dua surah ini, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam mencukupkan kedua-duanya dengan ‘Surah Al-Ikhlas’, sebagai bacaan (wirid) untuk membentengi dari pandangan buruk jin maupun manusia.” 
(HR. At Tirmidzi radhiallahu ‘anhu)

Moga bermanfaat dan Selamat beramal.. 

Wallahualam Bissawab

No comments:

Post a Comment

Ilmu & Amal

Followers