Wednesday 22 December 2021

Doa ziarah orang sakit

Berfikir sebelum berkata-kata


Daripada Abi Ayyub al-Ansari r.a berkata, Nabi ﷺ berpesan dalam sabdanya:
لاَ تَكَلَّمْ بِكَلاَمٍ تَعْتَذِرُ مِنْهُ غَدًا.
Jangan kamu bercakap dengan sesuatu perkataan yang esoknya kamu akan menyesal kelak.
(Sunan Ibn Majah : 3381. Hasan)

Tuesday 12 October 2021

Pahala membaca ayat kursi selepas solat


AYAT KURSI

اللَّهُ لَآ إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَىُّ الْقَيُّومُ  ۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ  ۚ لَّهُۥ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الْأَرْضِ  ۗ مَنْ ذَا الَّذِى يَشْفَعُ عِنْدَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦ  ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ  ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَ  ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضَ  ۖ وَلَا يَئُودُهُۥ حِفْظُهُمَا  ۚ وَهُوَ الْعَلِىُّ الْعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

(Quran, SurahAl-Baqarah 2: Ayat 255)

Elakkan yang Haram dan yang Syubhah


Monday 11 October 2021

Solat berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat


Rasulullah ﷺ bersabda:
"Solat berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat."

(Hadis riwayat Imam Muslim, dlm Sahih Muslim No. 1509)

Doa naik kenderaan

Monday 27 September 2021

Zikir ini paling disukai Rasulullah ﷺ


Zikir ini paling disukai Rasulullah ﷺ 

سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ

Saturday 25 September 2021

Istiqamah ~ Amalan yang paling dicintai Allah adalah amalan yang berterusan walaupun ia sedikit



ISTIQAMAH

Amalan yang paling dicintai Allah adalah amalan yang berterusan walaupun ia sedikit.

(Hadis riwayat Imam Muslim)

Erti kebaikan dan dosa


ERTI KEBAIKAN DAN DOSA

Daripada an-Nawwas bin Sim‘an al-Ansari RA, beliau berkata:

سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْبِرِّ وَالْإِثْمِ فَقَالَ: الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ.
"Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebaikan dan dosa." Maka Rasulullah SAW bersabda: “Kebaikan adalah berakhlak yang mulia. Manakala dosa adalah sesuatu yang mengelisahkan hatimu (ketika dosa tersebut dilakukan, hati gementar dan bimbang) serta kamu tidak suka orang lain mengetahuinya."

(Hadis riwayat Imam Muslim, No: 2553)

Wednesday 22 September 2021

Jadilah seperti lebah...


JADILAH SEPERTI LEBAH 🐝

"Jadilah seperti lebah, matanya hanya nampak bunga-bunga yang cantik untuk dihinggapi,

JANGAN...

Jadi seperti lalat yang matanya hanya mencari sampah "

Jangan hanya kerana 1 kelemahan, kekurangan dan keburukan seseorang itu, maka kita melupakan 10 kebaikannya yang lain.

3 kepastian yang sering dilupakan manusia

Sunday 19 September 2021

Unit amanah Islam (Islamic unit trust) - PMB INVESTMENT, Malaysia


PELABURAN UNIT AMANAH ISLAM (ISLAMIC UNIT TRUST) YANG CEMERLANG DI MALAYSIA 🇲🇾
☆☆☆☆☆
✅ Pelaburan dalam perniagaan-perniagaan yang diputuskan Halal oleh Majlis Pegawasan Syariah SC dan Penasihat Syariah dana.
✅ PMB Investment Berhad berpengalaman 54 tahun dalam mengurus dana-dana patuh Syariah, sejak 1967. Syarikat kumpulan Pelaburan MARA Berhad.
✅ Kini PMB Investment uruskan 17 dana patuh Syariah (tiada dana konvensional).
✅ Pulangan adalah dalam bentuk untung modal (capital gain) dan dividen.
✅ Pelaburan secara Tunai atau Skim Pelaburan Ahli KWSP (Akaun 1).
✅ Untuk pelaburan Tunai, pelabur boleh menambah pelaburan secara auto debit atau on-line transfer.
✅ Pelabur boleh mengeluarkan sebahagian atau semua pelaburan pada bila-bila masa.
✅ Kami akan cadangkan dana-dana patuh Syariah yang difikirkan terbaik dari segi prestasi lepas dan prospek keuntungan.
✅ Jumlah pelaburan minimum:
Tunai = RM100/(disyorkan RM1,000)
Skim KWSP = RM1,000
✅ Rekod pulangan lepas yg memuaskan
✅ Potensi pulangan memuaskan utk pelaburan jangka panjang, insya Allah
✅ Pemegang amanah (trustee) dana: AmanahRaya Trustees & CIMB Islamic Trustee
✅ Penasihat Syariah untuk dana: BIMB Securities

📲 WhatsApp: 60192348786
www.wasap.my/60192348786/PMBinvestment
Ahmad Sanusi - Group Agency Manager/ Consultant
PMB Investment Berhad - Kuala Lumpur
[Syarikat pengurusan dana Islam.
Syarikat kumpulan Pelaburan MARA Berhad]

◆ www.pmbinvestment.com.my
◆ www.unit-amanah-islam.blogspot.my

☆PATUH SYARIAH. AMANAH. CEMERLANG☆

Mengenali Imam Syafie yang menjadi pengasas kepada mazhab Syafie

Soalan di Mahsyar


SOALAN DI MAHSYAR

1️⃣ Ke mana dihabiskan dan dimanfaatkan umurmu?

2️⃣ Apakah yang telah dilakukan oleh mu dengan ilmu yang dimiliki ?

3️⃣ Dari mana peroleh setiap daripada harta mu dan ke mana dibelanjakan?

4️⃣ Setiap anggota tubuh badan mu, digunakan untuk apa?

🔸 Kita sudah bersedia untuk menjawab semua soalan di atas? Mari muhasabah diri.

Thursday 16 September 2021

Pantun nasihat


Tanam pokok di tepi rumah,
  Berwarna-warni indah bunganya;
Ikutlah Quran dan Sunnah,
  Pasti tak sesat selamanya.

~
Ahmad Sanusi Husain | KL

Wednesday 15 September 2021

Berhati-hati dalam berbicara



Berhati-hati Dalam Berbicara

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya seseorang terkadang berbicara dengan kata-kata yang dia sangkakan tidak mengapa, lalu tanpa diduga dia terjerumus dengan sebabnya ke dalam neraka (yang kedalamannya) sejauh perjalanan 70 tahun."

(Hadis Riwayat Imam Tirmizi, 2314)

Monday 13 September 2021

Solat berjemaah selama 40 hari dapat bebas api neraka dan sifat munafik


Solat berjemaah selama 40 hari dapat bebas api neraka dan sifat munafik 💙

Dari Anas bin Malik ra dia berkata; "Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa solat berjemaah selama empat puluh hari dengan mendapatkan takbir pertama dengan ikhlas semata-mata kerana Allah, maka akan dicatat baginya pembebasan dari dua perkara; bebas dari api neraka dan bebas dari sifat munafik."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi)

4 soalan pada Hari Kiamat

Doa agar dikurniakan akhlak yang baik


Doa Agar Dikurniakan Akhlak yang Baik

اللَّهُمَّ اهْدِنِي لِأَحْسَنِ الأَخْلَاقِ، وَلَا يَهْدِي لَأَحْسَنِهَا إلَّا أَنْتَ

Maksudnya: "Ya Allah, tunjukkanlah aku akhlak yang baik, tidak ada yang dapat menunjukkan baiknya akhlak tersebut kecuali Engkau."

(Hadis riwayat Imam Muslim, 771)

Saturday 11 September 2021

Doa keluar rumah

Muslim yang baik

Satu selawat dibalas sepuluh


Satu selawat dibalas sepuluh 💙

Jom berselawat keatas Nabi ﷺ

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Fokus

FOKUS

Semasa solat kita perlu khusyuk (fokus/berikan tumpuan). Dari sini kita pelajari bahawa fokus juga diperlukan dalam kehidupan kita; pekerjaan, perkhidmatan, perniagaan, pembelajaran, perlawanan sukan, memandu dan sebagainya...perlukan fokus, berikan tumpuan. Tanpa fokus, kejayaan sukar dicapai kerana banyak penyimpangan antara minda dan tindakan.

~ Ahmad Sanusi Husain

Thursday 9 September 2021

Doa agar dikurniakan zuriat dan keturunan yang baik

Ucapkan takziah kepada mereka yang ditimpa musibah


Ucapkan Takziah Kepada Mereka Yang Ditimpa Musibah

Diriwayatkan oleh Abu ‘Umarah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ مُؤْمِنٍ يُعَزِّي أَخَاهُ بِمُصِيبَةٍ إِلاَّ كَسَاهُ اللَّهُ سُبْحَانَهُ مِنْ حُلَلِ الْكَرَامَةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Tidak ada seorang mukmin yang mengucapkan takziah kepada saudaranya disebabkan suatu musibah melainkan Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan
pada hari kiamat kelak.”
[HR Ibn Majah (1601)]

Menurut Imam Al-Sindi, Ucapan takziah kepada saudaranya adalah dengan cara menyuruhnya supaya bersabar. Seperti ucapan ‘’Semoga Allah memberikan ganjaran yang besar kepada kamu’’ dan seumpamanya.
[Hasyiyah Al-Sindi ‘ala Ibn Majah (1/486)]

Wednesday 8 September 2021

Mulai perbuatan baik dengan Busmillah agar kebaikan itu sempurna



Bismillah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani."

Tuesday 7 September 2021

Ucapan ketika bersin dan jawapan bagi yang mendengarnya


Ucapan Ketika Bersin &
Jawapan Bagi Yang Mendengarnya

1. Ucapan selepas bersin:
الْحَمْدُ لِلَّهِ
“Segala Puji Bagi Allah SWT”

2. Ucapan ketika mendengar orang yang bersin bertahmid:
يَرْحَمُكَ اللَّهُ
“Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat kepada kamu”

3. Orang yang bersin membalas semula dengan ucapan:
يَهْدِيْكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ
“Semoga Allah SWT memberikan petunjuk kepada kamu dan memperbaiki hatimu.”

(Hadis riwayat Imam Bukhari, 6224)

Ilmu & Amal

Followers