Showing posts with label bitcoin. Show all posts
Showing posts with label bitcoin. Show all posts

Sunday 25 October 2020

Mata wang kripto tidak diiktiraf sebagai mata wang sah diperlakukan (legal tender) - Bank Negara Malaysia

Kuala Lumpur (24 Oktober 2020): Mata wang kripto tidak diiktiraf sebagai mata wang sah diperlakukan (legal tender) dan individu yang melabur dalam mata wang itu perlu tahu risiko dihadapi.

Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan bahawa orang ramai diingatkan mata wang digital tidak sah diperlakukan di negara ini.

Sehubungan itu, perniagaan mata wang digital tidak dilindungi oleh piawaian atau pengaturan kehematan dan amalan pasaran yang terpakai pada institusi kewangan dikawal selia oleh bank.

Menerusi kenyataan, BNM menyatakan bahawa ia selaras dengan obligasi pelaporan semasa yang digunakan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla) terhadap institusi pelapor lain seperti firma undang-undang atau perakaunan serta ejen harta tanah yang tidak tertakluk di bawah kawal selia bank.

"Ini bertujuan memastikan langkah berkesan dilaksanakan bagi menangani risiko pengubahan wang haram/pembiayaan keganasan yang berkaitan dengan penggunaan mata wang digital dan meningkatkan ketelusan aktiviti mata wang digital di Malaysia.

"Dasar yang dicadangkan ini menggariskan obligasi undang-undang, keperluan dan piawaian yang akan ditakrifkan di bawah Jadual Pertama Amla yang perlu dilaksanakan oleh penukar mata wang digital sebagai institusi pelapor.

"Ini termasuk obligasi ketelusan bertujuan memberikan maklumat yang berkaitan supaya orang ramai memahami dan menilai dengan lebih baik mengenai risiko berkaitan penggunaan mata wang digital," katanya.



BNM menyatakan, ketelusan yang lebih tinggi juga akan mencegah penggunaan mata wang digital dalam aktiviti jenayah atau yang menyalahi undang-undang.

"Orang ramai dinasihati untuk menilai dengan teliti risiko berkaitan dengan urus niaga dalam mata wang digital.

"Ini termasuk risiko yang berpunca daripada turun naik harga yang ketara, ketiadaan pasaran yang dalam dan mudah terdedah terhadap serangan siber yang boleh menyebabkan kerugian ketara.

"Pengguna mata wang digital juga tidak akan dilindungi di bawah pengaturan penyelesaian pertikaian mapan disediakan untuk institusi kewangan yang dikawal selia sekiranya berlaku apa-apa pertikaian atau kerugian," katanya dalam satu kenyataan.



*LAPORAN Harian Metro, 24 Oktober 2020.





Ilmu & Amal

Followers