Saturday 30 April 2022

Boleh jadi Lailatul Qadar pada malam ke 29 di bulan Ramadan


Boleh jadi Lailatul Qadar pada malam ke 29 di bulan Ramadan

Sebagaimana diterangkan dalam hadis Abu Hurairah radhiallahu’anhu, berkata:

أنَّ رسولَ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ قالَ في ليلةِ القدرِ إنَّها ليلةٌ سابعةٌ أو تاسعةٌ وعشرينَ إنَّ الملائكةَ تلكَ اللَّيلةَ في الأرضِ أكثرُ من عددِ الحصى

Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda tentang Lailatul Qadr,

“Sesungguhnya malam itu malam yang ke dua puluh tujuh atau ke dua puluh sembilan, sesungguhnya malaikat pada malam itu lebih banyak dari jumlah butiran kerikil” (HR Ahmad (16/428 nombor 10734)

Juga dalam hadis Ubadah bin Shamit radhiallahu’anhu, beliau bertanya kepada Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam tentang Lailatul Qadr, maka beliau bersabda:

في رمضانَ فالتمِسوها في العشرِ الأواخرِ فإنَّها في وِترٍ في إحدَى وعشرين أو ثلاثٍ وعشرين أو خمسٍ وعشرين أو سبعٍ وعشرين أو تسعٍ وعشرين أو في آخرِ ليلةٍ فمن قامها ابتغاءَها إيمانًا واحتسابًا ثمَّ وُفِّقتْ له غُفِر له ما تقدَّم من ذنبِه وما تأخَّر

“Di bulan Ramadhan, maka carilah ia pada sepuluh malam terakhir, karena malam itu terjadi pada malam-malam ganjil, pada malam ke dua puluh satu, atau dua puluh tiga, atau dua puluh lima, atau dua puluh tujuh, atau dua puluh sembilan, atau pada akhir malam bulan Ramadhan. Maka barangsiapa menghidupkan malam itu untuk mendapatkannya dengan penuh pengharapan kepada Allah kemudian dia mendapatkannya, niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu dan yang akan datang“ (HR Ahmad (37/386-387,406)

Bahaya terlelap (microsleep) ketika memandu

Bahaya terlelap (microsleep) ketika memandu

Doa Ketika Berhenti Atau Menginap Di Sesuatu Tempat

Manfaatkan baki Ramadan dengan bertaubat

Doa Agar Memiliki Anak Keturunan Yang Rajin Solat

Doa Keluar Rumah


Doa Keluar Rumah

Sebelum keluar rumah untuk ke sesuatu destinasi sama ada ke tempat kerja, pulang ke kampung halaman dan sebagainya, Nabi s.a.w menganjurkan kepada kita untuk membaca doa memohon kepada Allah s.w.t agar dilindungi daripada sebarang malapetaka dan kemalangan yang tak diingini.

Doa menaiki kenderaan

Doa Mohon Perlindungan dan Keampunan

Doa Untuk Ibu & Bapa 🤲

Doa mati dalam Islam

Friday 29 April 2022

Pantun Nasihat


Air surut sampah tersekat,
  Pasang besar baru belayar;
Hati kusut badan pun penat,
  Kurang sabar tentu bertengkar.

Khazanah Pantun Melayu Riau
DBP, 2007

The Milky Way galaxy (Galaksi Bimasakti)


The Milky Way galaxy
(Galaksi Bimasakti)

Masya Allah 💚 ماشاءالله
SubhanAllah 💙 سبحان الله

Solat Dhuha



Solat Dhuha

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha.” (Hadis riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim)

Aisyah r.a menceritakan bahawa Rasulullah SAW selalu melaksanakan shalat Dhuha empat rakaat. Dalam riwayat Ummu Hani', ''Kadang Rasulullah SAW melaksanakan shalat Dhuha sampai lapan rakaat.'' (Hadis riwayat Imam Muslim)

Thursday 28 April 2022

Doa ketika mencari Lailatul Qadar

Doa ketika dalam kesempitan dan bahaya (doa Nabi Yunus dalam perut ikan paus)

Doa agar solat diterima آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ Aamiin

The door of Kaabah (Pintu Kaabah)

Doa selepas solat Subuh

Toma'ninah Dalam Solat

Toma'ninah Dalam Solat

Toma'ninah bermakna memastikan diri tetap, tenang dan tidak tergesa-gesa dalam sesuatu posisi solat sebelum berpindah ke posisi yang lain. Dalam pengertian lain; tomaninah ialah memastikan anggota-anggota badan yang terbabit berada tetap dalam posisinya sebelum berpindah ke rukun yang lain. Contohnya; tomaninah ketika sujud ialah dengan memastikan anggota-anggota sujud iaitu dahi (beserta hidung bagi sebahagian ulamak), dua tangan, dua lulut dan dua kaki (yakni hujung-hujung jarinya) berada tetap di atas lantai sebelum bangkit dari sujud itu. Sekurang-kurang kadar masa bagi tomaninah ialah kadar masa sekali tasbih. 

Hukum tomaninah adalah wajib semasa ruku’, I’tidal, sujud dan duduk antara dua sujud. 

Sabda Nabi s.a.w. (tatkala baginda mengajar solat kepada seorang lelaki yang salah dalam mengerjakan solatnya); “…..kemudian (setelah membaca al-Quran) ruku’lah sehingga kamu tomaninah (tetap dan tenang) dalam keadaan ruku’ itu, kemudian bangkitlah dari ruku’ hingga badan kamu lurus/tegak berdiri, kemudian sujudlah sehingga kamu tomaninah (tetap dan tenang) dalam keadaan sujud itu, kemudian kamu bangkitlah dari sujud sehingga kamu tomaninah (tetap dan tenang) dalam keadaan duduk (antara dua sujud) itu. Seterusnya kamu lakukanlah sedemikian pada (rakaat-rakaat) solat kamu keseluruhannya” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim). 

Dalam hadis yang lain, Nabi bersabda; “Tidak sah solat seorang lelaki yang tidak menetapkan tulang sulbinya semasa ruku’ dan sujud” (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Mas’ud al-Badari r.a.. Hadis ini menurut beliau; hasan soheh).

Berkata Imam al-Harrani; “Penyebab paling banyak bagi kerosakan solat kebanyakan orang ialah kerana mereka mengambil mudah dalam mempelajari ilmu tentang toma'ninah dan dalam melaksanakannya semasa melakukan rukun-rukun solat” (Faidhul-Qadier, syarah hadis no. 1040).

Walahu a’lam.

Rujukan;

1. Faidhul-Qadier Syarh al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 154 dan 1040.
2. Fiqh al-‘Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 163.

Sejarah Mushhaf Al-Quran

Sejarah Mushhaf Al-Quran

Saidina Osman Bin Affan r.a adalah Khalifah yang mengarahkan agar lembaran-lembaran ayat Al Quran dibukukan. Al Quran yang dibukukan dinamakan "Al Mushhaf". Saidina Osman melantik satu jawatankuasa yang terdiri dari Zaid bin Tsabit (ketua), Abdullah bin Zubair, Sa'id bin 'Ash dan Abdur Rahman bin Harits bin Hisyam.

Mereka merujuk kepada lembaran-lembaran ayat Al Quran yang dipinjamkan dari Hafsah binti Umar dan mengambil pedoman dari bacaan mereka yang hafal Al Quran.

Mereka menghasilkan 5 buah Al Mushhaf. Sebuah disimpan oleh Saidina Osman bin Affan r.a yang dipanggil sebagai "Mushhaf Al Imam" dan 4 buah lagi dikirim ke Mekah, Syria, Basrah dan Kufah agar di tempat-tempat itu disalin semula dari masing-masing Mushhaf itu. Begitulah salinan Al Quran yang standard tersebar ke serata pelusuk dunia.

Allahu aklam. Allah Maha Mengetahui.

Sunday 24 April 2022

Dengar Dan Diam Bila Al-Quran Dibacakan Supaya Beroleh Rahmat

Dengar Dan Diam Bila Al-Quran Dibacakan Supaya Beroleh Rahmat

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْءَانُ فَاسْتَمِعُوا لَهُۥ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.

(Quran, Surah Al-A'raf 7: Ayat 204)

Dengar Dan Diam Bila Al-Quran Dibacakan Supaya Beroleh Rahmat

Dengar Dan Diam Bila Al-Quran Dibacakan Supaya Beroleh Rahmat

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْءَانُ فَاسْتَمِعُوا لَهُۥ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.

(Quran, Surah Al-A'raf 7: Ayat 204)

Semakin dermawan di bulan Ramadan

Jom selawat 100 kali, 1000 kali atau sebanyak yang boleh dalam sehari


Jom selawat 100 kali, 1000 kali atau sebanyak yang boleh dalam sehari

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

"Ya Allah, limpahkan rahmat-Mu keatas Saidina Muhammad dan keatas keluarga Saidina Muhammad."

*

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِىِّ  ۚ يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."

(Quran, Surah Al-Ahzab 33: Ayat 56)

12 rakaat solat sunat rawatib yang sangat digalakkan


12 rakaat solat sunat rawatib yang sangat digalakkan:
● 4 rakaat sebelum solat Zuhur
● 2 rakaat selepas solat Zuhur
● 2 rakaat selepas solat Maghrib
● 2 rakaat selepas solat Isyak
● 2 rakaat sebelum solat Subuh

Hubungi saya sekiranya berminat melabur dalam 18 dana patuh Syariah 🌙 yang diuruskan oleh PMB INVESTMENT

DANA PATUH SYARIAH (ISLAMIC UNIT TRUST FUNDS)

Hubungi saya sekiranya berminat melabur dalam 18 dana patuh Syariah 🌙 yang diuruskan oleh PMB INVESTMENT [syarikat pengurusan dana Islam & syarikat kumpulan Pelaburan MARA Berhad (PMB)].

Pelaburan Tunai & skim SPA KWSP (akaun 1).
Untuk penduduk Malaysia 🇲🇾 sahaja.

Sanusi | Group Agency Manager & Consultant
PMB INVESTMENT | KL
Wasap: www.wasap.my/60192348786/danapatuhSyariahPMBinvestment

Laman web rasmi: www.pmbinvestment.com.my


Saturday 23 April 2022

Menurut Imam Al-Ghazali, terdapat 3 peringkat puasa iaitu...

Menurut Imam Al-Ghazali, terdapat 3 peringkat puasa iaitu:

1. Puasa orang awam

Hanya tinggalkan makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Kurang meninggalkan perkara-perkara makruh dan mengabaikan perkara-perkara sunat.

2. Puasa orang khas

Cuba menjaga akhlak dan melakukan perkara-perkara sunat bagi menambahkan kualiti pahala.

3. Puasa paling khas

Menjaga diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dan perkara yang boleh membatalkan puasa. Mementingkan perkara-perkara sunat. Anggota badan turut berpuasa dan hati sentiasa berzikir mengingati Allah.

Bau mulut orang berpuasa lebih harum dari bauan kasturi

Orang yang paling dicintai Rasulullah s.a.w adalah yang paling baik AKHLAKnya

Jom selawat 100 kali, 1000 kali atau sebanyak yang boleh dalam sehari


Jom selawat 100 kali, 1000 kali atau sebanyak yang boleh dalam sehari

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
"Ya Allah, limpahkan rahmat-Mu keatas Saidina Muhammad dan keatas keluarga Saidina Muhammad."

*
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِىِّ  ۚ يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."
(Quran, Surah Al-Ahzab 33: Ayat 56)

Bekalan Selepas Kematian

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w  bersabda:

إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لِابْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dia lakukan setelah dia mati adalah:

● Ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan.
● Anak soleh yang dia tinggalkan.
● Mushaf al-Qur’an yang dia wariskan.
● Masjid yang dibina.
● Rumah bagi ibnu sabil (musafir yang terputus perjalanan) yang dia bina
● Sungai yang dia alirkan.
● Sedekah yang dia keluarkan dari harta ketika dia sihat dan hidup.

Semua itu akan dihubungkan dengannya setelah dia mati.”

Riwayat Ibn Majah (242), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (3174). Hadith ini disahihkan oleh Ibn Khuzaimah dan dihasankan oleh al-Munziri.

Friday 22 April 2022

Menghidupkan 10 Akhir Ramadan


Menghidupkan 10 Akhir Ramadan

✅ Solat Sunat
✅ Sedekah
✅ Membaca Al-Quran
✅ Zikir dan Doa
✅ Iktikaf di Masjid

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Sarawak

Gandakan Amalan Di 10 Akhir Ramadan


Gandakan Amalan Di 10 Akhir Ramadan

InsyaAllah, malam ini bermula misi untuk kita memburu malam Lailatul Qadar. Antara amalan yang boleh kita gandakan iaitu :

1. Banyakkan membaca al-Quran
2. Banyakkan Berzikir, Beristighfar dan Berdoa
3. Beri'tikaf di Masjid
4. Laksanakan Solat Tarawih dan Qiyamullail setiap malam
5. Banyakkan bersedekah

Semoga kita istiqamah beribadah sepanjang 10 malam terakhir ini kerana lailatulqadar pasti hadir pada salah satu malam tersebut.

Doa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w untuk dibaca pada malam lailatul qadar

Misi 10 Malam Terakhir Bulan Ramadan 1443H


Misi 10 Malam Terakhir Bulan Ramadan 1443H.

Carilah dan rebutlah peluang keemasan... malam yang lebih baik dari seribu bulan... Lailatul Qadar.

Iktikaf, baca Quran, sedekah, taubat, ibadah.

Ilmu & Amal

Followers