Sunday 12 June 2022

Kelebihan Istighfar

Kelebihan Istighfar

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا وَمِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِب

Dari Abdullah bin ‘Abbas dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: 
“Barang siapa yang melazimi membaca istighfar, Allah akan menjadikan dari setiap kesedihan kelonggaran, dan dari setiap kesempitan jalan keluar dan memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangka.”
[Hadis Riwayat Iman Ibnu Majah (No: 3809)]

Pengajaran:

1. Sebagai manusia kita tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Istighfar adalah amalan untuk memohon keampunan di atas kesilapan dan kesalahan kita

2. Rasulullah sendiri tidak kurang 70 kali sehari beristighfar

3. Orang yang membiasakan istighfar akan dikurniakan kelapangan dari kesedihan

4. Membiasakan istighfar juga akan ditunjukkan jalan keluar dari kesempitan

5. Melazimi istighfar akan memperolehi rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.

Jom kita perbanyakkan istighfar.

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Friday 10 June 2022

Ujian dan Pelajaran


Ujian dan Pelajaran

Jika di sekolah biasanya kita belajar kemudian di akhir ada ujian.
Tapi dalam kehidupan ini, seringkali kita mendapat ujian, baru setelah itu kita mendapat pelajaran.

Monday 6 June 2022

Kelebihan Membaca Doa Selepas Wuduk


Kelebihan Membaca Doa Selepas Wuduk

Diriwayatkan daripada 'Uqbah bin Amir RA, daripada Nabi Muhammad SAW, baginda bersabda:
"Tidak seorang pun daripada kamu yang berwuduk dan melebihkan basuhannya kemudian berdoa,

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ

(Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah SWT dan Muhammad ialah hamba Allah SWT dan utusan-Nya)

kecuali akan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang lapan. Dia berhak masuk dari pintu mana yang dia mahu."

[Hadis riwayat ImamRMuslim (234)]

Du'a After Wudu'

Sunday 5 June 2022

Say this du'a/zikr 7 times in the morning (after salah fajr) and 7 times in the evening (after salah asr)...


Say this du'a/zikr 7 times in the morning (after salah fajr) and 7 times in the evening (after salah asr)...
Allah will take care of whatever worries his/her matter of this world and ths hereafter.

(Sahih Muslim & Sunan Abu Dawud)

Ilmu & Amal

Followers