Showing posts with label Musnad Ahmad. Show all posts
Showing posts with label Musnad Ahmad. Show all posts

Friday 7 December 2018

Tuntutan dan kelebihan selawat

Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat 10 darjat kepadanya.”


[Hadis Riwayat Imam Ahmad, Imam Nasai & Imam Al-Hakim]

Friday 16 November 2018

Kelebihan memberi orang minum air

Rasulullah menyebut kelebihan memberi minum kepada sahabatnya Sa’ad bin ‘Ubadah:

Sa’ad bin ‘Ubadah menceritakan, aku berkata: “Wahai Rasulullah! Ibuku sudah meninggal dunia, bolehkah aku bersedekah bagi pihaknya?: Baginda menjawab: “Ya (boleh).” Aku bertanya lagi: “Sedekah apakah yang terbaik?” Baginda menjawab: “Memberi (orang) minum air.” 

(Hadis riwayat Imam Ahmad - Musnad Ahmad)

Friday 26 October 2018

3 pintu kebaikan

Daripada Muaz bin Jabal r.a, Rasulullah ﷺ bersabda:
"Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu pintu kebaikan: 
- Puasa adalah pelindung, 
- sedekah memadam kesilapan seperti air memadam api, 
- dan seorang insan solat pada penghujung malam."

(Riwayat Imam Tirmizi dan Imam Ahmad)

---
Alfalah Consulting KL: www.alfalahconsulting.com

Islamic Investment: www.islamic-invest-malaysia.com
Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.blogspot.my

Ilmu & Amal

Followers