Sunday 1 May 2022

Adab Di Hari Raya


Adab Di Hari Raya

Hari Raya menjelang tiba! Tentu ramai yang tak sabar untuk beraya bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

Tetapi dalam kita teruja nak menyambut hari raya, jangan dilupakan beberapa adab-adab di hari raya yang dianjurkan Nabi Muhammad SAW untuk kita lakukan antaranya ialah:

• Mandi, memakai bau-bauan dan memakai pakaian yang baru.
• Sunat bersegera ke masjid pada pagi hari raya.
• Sunat makan sedikit makanan sebelum pergi bersolat Aidilfitri
• Sunat pergi ke masjid dengan berjalan kaki dan balik semula melalui jalan yang lain.
• Sunat saling mengucapkan tahniah dan doa antara satu sama lain iaitu تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ (semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu)

Marilah sama-sama kita panjatkan doa moga-moga ibadat yang dilaksanakan sepanjang Ramadan diterima Allah SWT. Insya-Allah.

Salam Syawal 1443H. Maaf Zahir & Batin.

No comments:

Post a Comment

Ilmu & Amal

Followers