Monday 2 May 2022

Istiqamah dalam beramal soleh

Amal soleh yang dilakukan dalam bulan Ramadan mestilah diteruskan dalam 11 bulan mendatang. Istiqamah, jangan terus jadi lemah.

Istiqamah


Istiqamah

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Amalan yang paling dicintai Allah Ta'ala adalah amalan yang beterusan walaupun itu sedikit."
[Hadis riwayat Imam Muslim (783)]

Lafaz Takbir Raya

Sunday 1 May 2022

Adab Di Hari Raya


Adab Di Hari Raya

Hari Raya menjelang tiba! Tentu ramai yang tak sabar untuk beraya bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

Tetapi dalam kita teruja nak menyambut hari raya, jangan dilupakan beberapa adab-adab di hari raya yang dianjurkan Nabi Muhammad SAW untuk kita lakukan antaranya ialah:

• Mandi, memakai bau-bauan dan memakai pakaian yang baru.
• Sunat bersegera ke masjid pada pagi hari raya.
• Sunat makan sedikit makanan sebelum pergi bersolat Aidilfitri
• Sunat pergi ke masjid dengan berjalan kaki dan balik semula melalui jalan yang lain.
• Sunat saling mengucapkan tahniah dan doa antara satu sama lain iaitu تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ (semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu)

Marilah sama-sama kita panjatkan doa moga-moga ibadat yang dilaksanakan sepanjang Ramadan diterima Allah SWT. Insya-Allah.

Salam Syawal 1443H. Maaf Zahir & Batin.

Ramadan bakal pergi...

Pengampunan Allah bagi sesiapa yang mendirikan malam al-Qadr dengan ibadah

Ilmu & Amal

Followers