Saturday 20 June 2020
Thursday 18 June 2020
Wednesday 17 June 2020
Tuesday 16 June 2020
Doa mohon pertolongan dan perlindungan dari Allah
Zikir hasbunallah wanikmal wakil merupakan salah satu bacaan zikir yang diamalkan oleh para nabi dan juga orang-orang saleh. Baik di saat mereka menghadapi cobaan yang besar ataupun juga fitnah yang sangat berat sekalipun.
Kekuatannya zikir ini melebihi kekuatan apa pun yang ada di dunia ini, dan juga dapat menegaskan semangat ketauhidan pada diri setiap orang yang mengamalkannya secara konsisten. Iaitu bahawa hanya terhadap Allah sajalah tempat untuk kita berserah diri, dan juga pengakuan bahwasanya semua makhluk ciptaan Allah adalah lemah atau juga tidak abadi.
Bacaan zikir diatas merupakan untaian ayat Al-Quran yang mempunyai makna yang terkandung di dalamnya. Dengan mempelajari makna yang terkandung, maka kita menjadi tahu erti, makna, hikmah, serta keutamaan dan kelebihannya sebagai sarana kita untuk mendekatkan diri kepada Allah dan juga meminta perlindungan kepada-Nya.
Monday 15 June 2020
Pesanan Imam Hasan Al-Basri
Imam Hasan Al-Basri berkata:
1. Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain. Oleh kerana itulah hatiku merasa tenang.
2. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dikerjakan oleh orang lain. Oleh kerana itulah aku sendiri yang sibuk mengerjakannya.
3. Aku tahu Allah selalu mengawasiku. Oleh kerana itulah aku selalu merasa malu bila Dia melihatku dalam keadaan bermaksiat.
4. Dan aku tahu kematian itu telah menantiku. Oleh kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Rabb-ku.
Kawan-kawan,
Rezeki, mutlak Allah beri. Jika bukan untuk kita, maka bukanlah.
Amalan, mesti kita yang kerjakan.
Buat baik, buat jahat semua Allah tahu, dan mati tetap akan jemput kita pulang. Buatlah baik, sangkalah baik, fikir yang baik, maka yang baik-baik akan sampai kepada kita.
Thursday 4 June 2020
Banyak masalah? Bacalah doa ini
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s:
لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
“Laa ila ha illa anta, subhaanaka innii, kuntu minazzolimin”
Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. [al-Anbiya’:87]
Justeru, amalkanlah zikir ini jika anda ditimpa masalah atau bencana, dan jadikanlah amalan agar diri sentiasa terpelihara daripada bencana.
Wednesday 3 June 2020
Zikir pagi dan petang
Zikir Pagi dan Petang
بِسْمِ اللّهِ الّذِيْ لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ ، وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيمُ
Maksudnya: "Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat sesuatu pun di bumi mahupun di langit. Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
"Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya."
(Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad)
Petikan kitab Hisnul Muslim
Subscribe to:
Posts (Atom)