Monday, 28 June 2021

Tawakal umpama burung


TAWAKAL UMPAMA BURUNG

Daripada Umar bin Al-Khaththab RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:

لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرُزِقْتُمْ كَمَا يُرْزَقُ الطَّيْرُ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا

"Jika sekiranya kamu bersungguh-sungguh bertawakal kepada Allah, nescaya Allah memberi rezeki kepada kamu seperti rezeki seekor burung yang keluar di waktu pagi dengan perut kosong dan pulang di waktu petang dengan perut terisi penuh kenyang."

Tawakal bukan meninggalkan usaha tetapi hendaklah melakukan pelbagai usaha yang membawa hasil dicita-citakan kerana burung pun tetap berusaha mencari rezeki. Kegigihan burung dalam mencari rezeki, boleh kita contohi.

No comments:

Post a Comment

Ilmu & Amal

Followers