Wednesday 26 May 2021

Istiwa' A'dzam (28 Mei 2021) - Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat walau di mana sahaja pada tarikh tersebut



𝗜𝗦𝗧𝗜𝗪𝗔' 𝗔'𝗗𝗭𝗔𝗠
28 𝘔𝘦𝘪 2021

Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat walau di mana sahaja pada tarikh tersebut.

Fenomena ini akan berlaku dua kali setahun iaitu pada :

1. 28 Mei pada jam 5.16 petang waktu tempatan. (27 Mei jika tahun lompat)

2. 16 Julai pada jam 5.28 petang waktu tempatan. (15 Julai jika tahun lompat)

Bagi tahun ini, pada 28 MEI 2021 JAM 5.16 PETANG akan berlaku Peristiwa Matahari Rembang (ISTIWA’) di atas Kaabah 🕋.

Maka sesiapa yang ingin menyemak arah kiblat di kediaman, pejabat atau dimana-mana premis, bolehlah melakukannya pada tarikh dan masa tersebut.

No comments:

Post a Comment

Ilmu & Amal

Followers