Saturday 23 April 2022

Jom selawat 100 kali, 1000 kali atau sebanyak yang boleh dalam sehari


Jom selawat 100 kali, 1000 kali atau sebanyak yang boleh dalam sehari

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
"Ya Allah, limpahkan rahmat-Mu keatas Saidina Muhammad dan keatas keluarga Saidina Muhammad."

*
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِىِّ  ۚ يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."
(Quran, Surah Al-Ahzab 33: Ayat 56)

Bekalan Selepas Kematian

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w  bersabda:

إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لِابْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dia lakukan setelah dia mati adalah:

● Ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan.
● Anak soleh yang dia tinggalkan.
● Mushaf al-Qur’an yang dia wariskan.
● Masjid yang dibina.
● Rumah bagi ibnu sabil (musafir yang terputus perjalanan) yang dia bina
● Sungai yang dia alirkan.
● Sedekah yang dia keluarkan dari harta ketika dia sihat dan hidup.

Semua itu akan dihubungkan dengannya setelah dia mati.”

Riwayat Ibn Majah (242), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (3174). Hadith ini disahihkan oleh Ibn Khuzaimah dan dihasankan oleh al-Munziri.

Friday 22 April 2022

Menghidupkan 10 Akhir Ramadan


Menghidupkan 10 Akhir Ramadan

✅ Solat Sunat
✅ Sedekah
✅ Membaca Al-Quran
✅ Zikir dan Doa
✅ Iktikaf di Masjid

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Sarawak

Gandakan Amalan Di 10 Akhir Ramadan


Gandakan Amalan Di 10 Akhir Ramadan

InsyaAllah, malam ini bermula misi untuk kita memburu malam Lailatul Qadar. Antara amalan yang boleh kita gandakan iaitu :

1. Banyakkan membaca al-Quran
2. Banyakkan Berzikir, Beristighfar dan Berdoa
3. Beri'tikaf di Masjid
4. Laksanakan Solat Tarawih dan Qiyamullail setiap malam
5. Banyakkan bersedekah

Semoga kita istiqamah beribadah sepanjang 10 malam terakhir ini kerana lailatulqadar pasti hadir pada salah satu malam tersebut.

Doa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w untuk dibaca pada malam lailatul qadar

Misi 10 Malam Terakhir Bulan Ramadan 1443H


Misi 10 Malam Terakhir Bulan Ramadan 1443H.

Carilah dan rebutlah peluang keemasan... malam yang lebih baik dari seribu bulan... Lailatul Qadar.

Iktikaf, baca Quran, sedekah, taubat, ibadah.

Ilmu & Amal

Followers