Tuesday 19 April 2022

Bacalah Surah 3 Qul pada petang dan pagi sebanyak 3 kali, maka itu mencukupkan dari segala sesuatu


Bacalah Surah 3 Qul pada petang dan pagi sebanyak 3 kali, maka itu mencukupkan dari segala sesuatu.

🔹️Surah Al-Ikhlas (112)
🔹️️Surah Al-Falaq (113)
🔹️Surah An-Nas (114)

Bulan Ramadan Yang Padanya Diturunkan Al-Quran Yang Menjadi Petunjuk Bagi Sekalian Manusia

Bulan Ramadan Yang Padanya Diturunkan Al-Quran Yang Menjadi Petunjuk Bagi Sekalian Manusia

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِىٓ أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنٰتٍ مِّنَ الْهُدٰى وَالْفُرْقَانِ  ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ  ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلٰى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ  ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلٰى مَا هَدٰىكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

(Quran, Surah Al-Baqarah 2: Ayat 185)





Monday 18 April 2022

Al-Quran Diturunkan Pada Malam Yang Berkat



Al-Quran Diturunkan Pada Malam Yang Berkat

إِنَّآ أَنْزَلْنٰهُ فِى لَيْلَةٍ مُّبٰرَكَةٍ  ۚ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab)."

(Quran, Surah Ad-Dukhan 44: Ayat 3)

Kadar Nisab Zakat Harta Bagi Negeri-Negeri Di Malaysia (2022)

Baca surah 3 Qul 3 kali pagi dan petang...

Ilmu & Amal

Followers