Tuesday 13 July 2021

Doa agar diberi kefahaman agama


Doa Agar Diberi Kefahaman Agama

اَللَّهُمَّ فَقِّهْنِي فِي الدِّينِ

Maksudnya: "Ya Allah, fahamkanlah aku dalam urusan agama."

Amalkan membaca doa ini setiap hari. Semoga Allah SWT memberi kefahaham dan pengetahuan kepada kita dalam ilmu Agama.

Sunday 11 July 2021

Doa Apabila melihat sesuatu yang disukai 🤲


Doa Apabila Melihat Sesuatu Yang Disukai 🤲

اَلحَمدُ لِلَّهِ الَّذي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ

Maksudnya: “Segala puji bagi Allah, yang dengan nikmatNya sempurnalah segala amalan yang baik.”

Zikir yang diucapkan oleh Rasulullah SAW ketika melihat sesuatu yang disukai oleh Baginda. Jom amalkan.

Doa ketika menuntut ilmu


DOA KETIKA MENUNTUT ILMU 🤲

اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya: “Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmahMu dan limpahkanlah ke atas kami khazanahMu, Wahai Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ”

Ibu dan Ayah, jangan lupa ajar anak-anak membaca doa ini sebelum sesi kelas bermula. Semoga Allah SWT memberi keberkatan ke atas ilmu yang diperolehi.

Seorang penyair Arab pernah bersenandung...

Seorang penyair Arab pernah bersenandung 🗣

تَزَوَّدْ مِنَ التَّقْوَى فَإِنَّكَ لاَ تَدْرِي ✿ إِذَا جَنَّ لَيْلٌ هَلْ تَعِيْشُ إِلَى الْفَجْرِ

Berbekallah dengan TAQWA kerana engkau tidak tahu, apabila malam kian kelam apakah engkau masih hidup hingga fajar menyingsing.

وَكَمْ مِنْ عَرُوْسٍ زَيَّنُوْهَا لِزَوْجِهَا ✿ وَقَدْ قُبِضَتْ أَرْوَاحُهُمْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ

Berapa ramai mempelai wanita yang dirias untuk suaminya, akan tetapi malaikat maut datang mencabut nyawanya di malam hari.

وَكَمْ مِنْ صِغَارٍ يُرْتَجَى طُوْلُ عُمْرِهِمْ ✿ وَقَدْ أُدْخِلَتْ أَجْسَامُهُمْ ظُلْمَةَ الْقَبْرِ

Berapa ramai anak kecil diharapkan panjang umurnya … Namun tubuh mereka telah dimasukkan ke dalam gelapnya kuburan.

وَكَمْ مِنْ صَحِيْحٍ مَاتَ مِنْ غَيْرِ عِلَّةٍ ✿  وَكَمْ مِنْ عَلِيْلٍ عَاشَ حِيْناً مِنَ الدَّهْرِ

Dan ramai orang sihat meninggal tanpa penyakit yang mendahuluinya, dan berapa ramai orang yang sakit namun ia hidup dalam waktu lama.

فَكَمْ مِنْ فَتًى أَمْسَى وَأَصْبَحَ ضَاحِكًا  ✿  وَقَدْ نُسِجَتْ أَكْفَانُهُ وَهُوَ لاَ يَدْرِي

Berapa ramai pemuda yang tertawa riang pagi dan petang hari, sementara kain kafannya telah ditenun dan ia tiada mengetahui.

وكم ساكن عند الصباح بقصره  ✿  وعند المساء كان من ساكن القبر

Berapa ramai orang yang tinggal di istana di pagi hari. Namun di petang hari, dia tinggal di kuburan.

فكن مخلصا واعمل الخير دائما  ✿  لعلك تحظى بالمئوبة والأجر

فـمن عـاش ألفـا وألفيـن إنـه  ✿  لابـد من يـوم يسـير إلى القبر

Siapapun yang hidup seribu atau dua ribu tahun. Suatu hari ia pasti akan menuju kuburan.

فداوم على تقوى الإله فإنها  ✿  أمان في موقف الحشر

Maka teruslah untuk selalu berTaqwa kepada Allah, sesungguhnya taqwa Memberikan rasa aman ketika dibangkitkan.

Saturday 10 July 2021

Mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan solat


MINTALAH PERTOLONGAN KEPADA ALLAH DENGAN JALAN SABAR DAN SOLAT

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلٰوةِ  ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخٰشِعِينَ

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

(Quran, Surah Al-Baqarah 2: Ayat 45)

Mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan solat



MINTALAH PERTOLONGAN KEPADA ALLAH DENGAN JALAN SABAR DAN SOLAT

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلٰوةِ  ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخٰشِعِينَ

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

(Quran, Surah Al-Baqarah 2: Ayat 45)

Thursday 8 July 2021

3 rahsia di sebalik doa Nabi Yunus a.s


3 RAHSIA DI SEBALIK DOA NABI YUNUS A.S

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Berikut adalah RAHSIA di sebalik DOA Nabi Yunus:

Rahsia 1:

Rahsia pertama, perhatikan bahawa doa ini dibuka dengan kalimah tauhid “Tiada Tuhan melainkan Allah”. Kalimah tauhid tidak sekadar bermaksud tiada tuhan yang berhak aku sembah melainkan Allah, tetapi dalam konteks ini juga bermaksud tiada tuhan yang patut aku mengadu, mengharapkan keampunan dan menghajatkan keselamatan melainkan Allah. Pembukaan seperti ini membuktikan kemantapan dan ketulenan tauhid Nabi Yunus di mana beliau tidak mengadu, merungut dan berharap kepada sesiapa dan apa jua melainkan kepada Allah sahaja.

Ini merupakan manhaj para Rasul dan Nabi yang mesti kita ikuti.
Perhatikan – sebagai contoh lain – sikap Nabi Ayyub ketika beliau ditimpa penyakit. Beliau tidak mengadu kepada para doktor atau selainnya, tetapi mengadu kepada Allah sahaja: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.” [al-Anbiya 21:83]

Rahsia 2:

Seterusnya Nabi Yunus mengucapkan “Maha Suci Engkau (ya Allah)”, bererti mensucikan Allah dari sebarang bentuk kezaliman atau penganiayaan. Lebih mendalam, Nabi Yunus menyucikan Allah bahawa apa yang menimpanya saat itu (ditelan oleh ikan paus) bukanlah merupakan satu bentuk penganiayaan oleh Allah ke atas dirinya.

Penyucian ini penting ditegaskan kerana kadangkala apabila ditimpa kesusahan, kita marah atau menyalahkan Allah. Malah kita menuduh Allah sebagai konon sengaja menganiaya diri kita. Maha Suci Allah dari menganiaya manusia, tetapi manusialah yang menganiaya diri mereka sendiri: “Dan tiadalah Kami menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.” [al-Nahl 16:118]

Rahsia 3:

Tanpa keberatan, tanpa alasan yang berlapik-lapik, Nabi Yunus terus mengaku kesalahannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” Nabi Yunus tidak terus meminta ampun kepada Allah, sebaliknya memilih cara yang lebih lembut, beradab lagi merendah diri, yakni dengan mengakui kesalahan dirinya sendiri.

Selain itu Nabi Yunus sedar bahawa kesusahan yang menimpanya saat itu, iaitu ditelan oleh ikan paus, merupakan kesan dari kesalahan dirinya sendiri yang melarikan diri dari tugas dakwah yang Allah amanahkan kepadanya. Merupakan sesuatu yang sedia dimaklumi bahawa salah satu faktor seseorang itu ditimpa kesusahan dan kesulitan ialah kerana dosa-dosa hasil dari kesalahan yang pernah dia lakukan sendiri. Allah menyatakan hakikat ini:

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan, maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” [al-Shura 42:30]

Wednesday 7 July 2021

Pantun nasihat


Air lata mengalir perlahan,
Jernih kehijauan sungguh indah;
Dalam kesukaran ada kemudahan,
Dalam ujian tersimpan hikmah.

Ahmad Sanusi Husain
7.7.2021 | Kuala Lumpur

Solat tahajjud


SOLAT TAHAJJUD

وَمِنَ الَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِۦ نَافِلَةً لَّكَ عَسٰىٓ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا
"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "solat tahajjud" padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji."

(Quran, Surah Al-Isra' 17: Ayat 79)

Ilmu & Amal

Followers