Thursday 11 March 2021

Setiap penyakit ada ubatnya, jangan berputus asa dari Rahmat Allah

Peristiwa Israk & Mikraj dan perintah solat fardhu 5 kali sehari


Peristiwa Israk dan Mikraj adalah satu mukjizat yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Antara peristiwa penting dalam Israk dan Mikraj adalah perintah kewajipan solat fardu lima waktu sehari semalam ke atas orang Islam.

Wednesday 10 March 2021

Kewajipan menghormati dan menyayangi ibu bapa


Allah SWT berfirman dalam surah al-Isra' ayat 23:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Ertinya:
"Dan Rabbmu telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadah kepada selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia".

(Quran, Surah al-Isra', 17: 23)

Jom berselawat keatas Nabi s.a.w اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا

Tuesday 9 March 2021

7 amalan yang mengalirkan pahala berterusan



7 AMALAN YANG MENGALIRKAN PAHALA BERTERUSAN (جارية)

Dari Anas RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Terdapat tujuh jenis pahala yang akan terus menerus diterima oleh seseorang itu walaupun selepas kematiannya. Tujuh amalan tersebut ialah:-

(1) Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna, selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya

(2) Sesiapa yang mengalirkan air sungai ke kebun-kebun, maka pahala akan terus-terusan sampai kepadanya selagi ada orang yang menggunakan terusan tersebut.

(3) Orang yang menggali perigi, selagi mana ada orang yang menggunakannya.

(4) Sesiapa yang menanam tanam-tanaman, selama mana ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

(5) Sesiapa yang mendirikan masjid, maka ganjaran pahalanya akan tetap diterima selagi Masjid itu digunakan untuk beramal ibadat di dalamnya.

(6) Sesiapa yang mewariskan (menulis/mewakaf) mushaf (al-Quran) atau kitab, dia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

(7) Orang yang meninggalkan anak yang soleh, lalu anak tersebut mendoakan kedua orang tuanya dan mereka beristighfar untuk kedua ibubapanya itu. Iaini anak yang selalu diajari ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala guru itu sendiri.

[Al-Jami’ Al-Sahih/Sahih Bukhari]

Monday 8 March 2021

Doa untuk semua sahabat

🤲🏾🕋. Ya Allah jika di saat ini, ada sahabatku ini yang sakit, sembuhkan lah dia.  آمِيّنْ 

🤲🏾🕋. Ya Allah jika di saat ini ada sahabatku ini yang bermasaalah, berilah jalan keluar untuk dia.  آمِيّنْ

🤲🏾🕋. Ya Allah jika di saat ini ada sahabatku ini yang kesempitan wang, kau murahkan lah rezekinya. آمِيّنْ

🤲🏾🕋. Ya Allah jika di saat ini ada sahabatku ini yang bermasam muka di antara satu sama lain, damaikan lah mereka.  آمِيّنْ

🤲🏾🕋. Ya Allah jika di saat ini ada sahabatku ini yang tersasar, kurniakan pertunjuk jalan kepada dia.  آمِيّنْ

🤲🏾🕋. Ya Allah jika di saat ini ada sahabatku ini lalai, kurniakanlah kesedaranMu kepada dia. آمِيّنْ

🤲🏾🕋. Ya Allah jika di saat ini ada sahabatku ini yang bersedih hati, kembalikanlah kegembiraan dan keceriaan di wajahnya. آمِيّنْ

🤲🏾🕋. Ya Allah jika di saat ini ada sahabatku ini yang berada di persimpangan jalan yang  berliku, berikan kekuatan dan jalan yang engkau redhai.

 آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ

Apakah maksud berkemampuan untuk menunaikan haji? 🕋


Apakah maksud berkemampuan untuk menunaikan haji? 🕋

i. Mampu mengadakan bekalan dan perbelanjaan untuk diri dan saraan nafkah mereka yang di dalam tanggungan dan yang ditinggalkan.

ii. Mampu mendapatkan kenderaan untuk pergi dan balik.

iii. Aman perjalanan bagi diri dan harta dari musuh dan wabak penyakit.

iv. Sihat tubuh badan.

v. Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji dan umrah.

Sumber: Tabung Haji

Ilmu & Amal

Followers