Sunday 25 October 2020

Mata wang kripto tidak diiktiraf sebagai mata wang sah diperlakukan (legal tender) - Bank Negara Malaysia

Kuala Lumpur (24 Oktober 2020): Mata wang kripto tidak diiktiraf sebagai mata wang sah diperlakukan (legal tender) dan individu yang melabur dalam mata wang itu perlu tahu risiko dihadapi.

Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan bahawa orang ramai diingatkan mata wang digital tidak sah diperlakukan di negara ini.

Sehubungan itu, perniagaan mata wang digital tidak dilindungi oleh piawaian atau pengaturan kehematan dan amalan pasaran yang terpakai pada institusi kewangan dikawal selia oleh bank.

Menerusi kenyataan, BNM menyatakan bahawa ia selaras dengan obligasi pelaporan semasa yang digunakan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla) terhadap institusi pelapor lain seperti firma undang-undang atau perakaunan serta ejen harta tanah yang tidak tertakluk di bawah kawal selia bank.

"Ini bertujuan memastikan langkah berkesan dilaksanakan bagi menangani risiko pengubahan wang haram/pembiayaan keganasan yang berkaitan dengan penggunaan mata wang digital dan meningkatkan ketelusan aktiviti mata wang digital di Malaysia.

"Dasar yang dicadangkan ini menggariskan obligasi undang-undang, keperluan dan piawaian yang akan ditakrifkan di bawah Jadual Pertama Amla yang perlu dilaksanakan oleh penukar mata wang digital sebagai institusi pelapor.

"Ini termasuk obligasi ketelusan bertujuan memberikan maklumat yang berkaitan supaya orang ramai memahami dan menilai dengan lebih baik mengenai risiko berkaitan penggunaan mata wang digital," katanya.



BNM menyatakan, ketelusan yang lebih tinggi juga akan mencegah penggunaan mata wang digital dalam aktiviti jenayah atau yang menyalahi undang-undang.

"Orang ramai dinasihati untuk menilai dengan teliti risiko berkaitan dengan urus niaga dalam mata wang digital.

"Ini termasuk risiko yang berpunca daripada turun naik harga yang ketara, ketiadaan pasaran yang dalam dan mudah terdedah terhadap serangan siber yang boleh menyebabkan kerugian ketara.

"Pengguna mata wang digital juga tidak akan dilindungi di bawah pengaturan penyelesaian pertikaian mapan disediakan untuk institusi kewangan yang dikawal selia sekiranya berlaku apa-apa pertikaian atau kerugian," katanya dalam satu kenyataan.



*LAPORAN Harian Metro, 24 Oktober 2020.





Orang yang banyak bertaubat



Rasulullah s.a.w ﷺ bersabda:
Setiap anak Adam itu mempunyai kesalahan, dan sebaik-baik orang yang mempunyai kesalahan ialah orang-orang yang banyak bertaubat.
(Hadis riwayat Imam Tirmizi)

Friday 23 October 2020

Selawat melapangkan jiwa Muslim



Selawat melapangkan jiwa Muslim

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Thursday 22 October 2020

Dua Syarat Diterimanya Ibadah⁣



Bismillahirrahmanirrahim
Dua Syarat Diterimanya Ibadah⁣

Ikhlas kerana Allah.⁣
Mengikuti tuntunan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam (ittiba’).⁣

Al Fudhail bin ‘Iyadh berkata,  “Apabila amal dilakukan dengan ikhlas namun tidak mencocoki ajaran Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, amalan tersebut tidak akan diterima. Begitu pula, apabila suatu amalan dilakukan mengikuti ajaran beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam namun tidak ikhlas, amalan tersebut juga tidak akan diterima. Amalan barulah diterima jika terdapat syarat ikhlas dan showab. Amalan dikatakan ikhlas apabila dikerjakan semata-mata kerana Allah. Amalan dikatakan showab apabila mencocoki ajaran Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.”⁣

*Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam, Ibnu Rojab Al Hambali, Darul Muayyid, cetakan pertama, 1424 H.⁣

Monday 19 October 2020

Awali doa dengan memuji Allah dan berselawat



Awali doa dengan memuji Allah dan berselawat

Fudhalah bin ‘Ubaid radhiallahu ‘anhu mengisahkan berkata:

سَمِعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا يَدْعُو فِي صَلَاتِهِ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجِلَ هَذَا ثُمَّ دَعَاهُ فَقَالَ لَهُ أَوْ لِغَيْرِهِ إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ فَلْيَبْدَأْ بِتَحْمِيدِ اللَّهِ وَالثَّنَاءِ عَلَيْهِ ثُمَّ لْيُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ لْيَدْعُ بَعْدُ بِمَا شَاءَ

"Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pernah mendengar seseorang berdoa dalam shalatnya, kemudian ia tidak memanjatkan shalawat pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam". Beliau pun bersabda: "Orang ini terlalu tergesah-gesah". Kemudian beliau memanggilnya lalu menegurnya atau mengatakan pada lainnya: "Jika salah seorang diantara kalian berdoa, maka mulailah dengan memuji Allah, menyanjung-Nya, kemudian bershalawat kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, kemudian berdoalah sesuai kehendaknya".

(HR. Tirmizi no.3477 dan Abu Dawud no.1481. Abu Isa At Tirmidzi mengatakan bahwa hadits ini hasan shahih. Al-Hafizh Abu Thahir menilai sanad hadits tersebut hasan)

Ilmu & Amal

Followers