Monday 7 September 2020

Dan dirikanlah oleh kamu akan solat dan tunaikanlah zakat



Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَأَقِيمُوا الصَّلٰوةَ وَءَاتُوا الزَّكٰوةَ  ۚ وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِنْدَ اللَّهِ  ۗ إِنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
"Dan dirikanlah oleh kamu akan solat dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan."
(Quran, Surah Al-Baqarah 2: Ayat 110)

Amal istighfar ini, semoga Allah ampuni dosanya, dosa besar yang membinasa sekalipun


Semoga ini adalah akhir ucapan kita...Lailahaillallah


Cara Rasulullah ﷺ membaca Al-Qur'an



Ya'ala bin Mamlak melaporkan: 
Ya'la bertanya kepada Ummu Salamah mengenai cara Rasulullah ﷺ membaca Qur'an. Ummu Salamah menjelaskan, Rasulullah ﷺ membaca Qur'an dengan jelas, perkataan demi perkataan.

(Hadis riwayat Imam Abu Daud, Imam Tirmizi dan Imam Nasa'i)

Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam



Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

قُلْ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحْيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ الْعٰلَمِينَ
"Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."
(Quran, Surah Al-An'am 6: Ayat 162)

Sunday 6 September 2020

Manfaat berkata baik


Habis solat zikir dulu biar dosa diampuni


Apa itu sombong? Apa balasan orang sombong?


Kehebatan doa Nabi Yunus alaihis salam



Rasulullah ﷺ berpesan bahawa sesiapa yang berdoa dengan doa Nabi Yunus ini, maka Allah akan memperkenankan doa mereka.

Rasulullah ﷺ bersabda:

فإنه لم يدع بها مسلم ربه في شيء قط إلا استجاب له

“Sesungguhnya tidak ada muslim yang berdoa dengannya untuk apa saja (hajatnya), melainkan akan dimakbulkan Allah doanya itu.”

(Hadis riwayat Imam Ahmad, dinilai Sahih oleh Ahmad Syakir)

Ilmu & Amal

Followers