Thursday 16 July 2020

Gunung bersejarah dalam Islam




❤Jabal Uhud
Jabal Uhud adalah bukit terpanjang di Madinah yang membentang 6 km. Nama Jabal Uhud bisa diartikan sebagai bukit yang menyendiri. Berbeda dengan umumnya bukit dan gunung di Madinah yang saling menyambung, Jabal Uhud tidak bersambungan.
Jabal Uhud menjadi saksi bisu dari Perang Uhud di tahun 625 silam. Sebanyak 70 orang syuhada gugur dan dimakamkan di sana. Dahulu Nabi Muhammad kerap ziarah ke Jabal Uhud. Sehingga kemudian umat Muslim yang ke Tanah Suci untuk umroh atau haji pun kerap datang ke Jabal Uhud untuk berziarah.

❤Jabal Rahmah
Gunung batu ini terletak di bagian timur Padang Arafah di Makkah. Gunung ini menjadi saksi abadi pertemuan Adam dan Hawa setelah ratusan tahun berpisah setelah diturunkan Allah dari surga. Di tempat ini Rasulullah menerima wahyu yang terakhir, yaitu Surah al-Maidah ayat 3. Turunnya ayat ini membuat para sahabat bersedih karena mereka merasa akan kehilangan Rasulullah. Dan memang, tak berapa lama kemudian Rasulullah wafat.

❤Jabal Nur
Di Jabal Nur terdapat sebuah gua yang sangat bersejarah, yaitu Gua Hira. Di gua inilah Rasulullah sering menyepi dan merenung. Hingga akhirnya Allah menurunkan wahyu pertama kenabiannya di gua ini, yaitu Surah al-'Alaq ayat 1 sampai 5, tepatnya pada 17 Ramadhan.

❤Jabal Tsur
Jabal Tsur atau Gunung Tsur memiliki sejarah tinggi. Di Gua Tsur yang terdapat di gunung ini, Rasulullah pernah bersembunyi dari kejaran kaum kafir Quraisy saat berhijrah dari Makkah ke Madinah. Saat itu Rasulullah ditemani oleh Abu Bakar Ash Shidiq.

Jom perbanyakkan selawat


Saturday 11 July 2020

Seorang penyair Arab pernah bersenandung

Seorang penyair Arab pernah bersenandung 🗣

تَزَوَّدْ مِنَ التَّقْوَى فَإِنَّكَ لاَ تَدْرِي  ✿  إِذَا جَنَّ لَيْلٌ هَلْ تَعِيْشُ إِلَى الْفَجْرِ

Berbekallah dengan TAQWA kerana engkau tidak tahu, apabila malam kian kelam apakah engkau masih hidup hingga fajar menyingsing.

وَكَمْ مِنْ عَرُوْسٍ زَيَّنُوْهَا لِزَوْجِهَا  ✿  وَقَدْ قُبِضَتْ أَرْوَاحُهُمْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ

Berapa ramai mempelai wanita yang dirias untuk suaminya, akan tetapi malaikat maut datang mencabut nyawanya di malam hari.

وَكَمْ مِنْ صِغَارٍ يُرْتَجَى طُوْلُ عُمْرِهِمْ  ✿  وَقَدْ أُدْخِلَتْ أَجْسَامُهُمْ ظُلْمَةَ الْقَبْرِ

Berapa ramai anak kecil diharapkan panjang umurnya … Namun tubuh mereka telah dimasukkan ke dalam gelapnya kuburan.

وَكَمْ مِنْ صَحِيْحٍ مَاتَ مِنْ غَيْرِ عِلَّةٍ  ✿  وَكَمْ مِنْ عَلِيْلٍ عَاشَ حِيْناً مِنَ الدَّهْرِ

Dan ramai orang sihat meninggal tanpa penyakit yang mendahuluinya, dan berapa ramai orang yang sakit namun ia hidup dalam waktu lama.

فَكَمْ مِنْ فَتًى أَمْسَى وَأَصْبَحَ ضَاحِكًا  ✿  وَقَدْ نُسِجَتْ أَكْفَانُهُ وَهُوَ لاَ يَدْرِي

Berapa ramai pemuda yang tertawa riang pagi dan petang hari, sementara kain kafannya telah ditenun dan ia tiada mengetahui.

وكم ساكن عند الصباح بقصره  ✿  وعند المساء كان من ساكن القبر

Berapa ramai orang yang tinggal di istana di pagi hari. Namun di petang hari, dia tinggal di kuburan.

فكن مخلصا واعمل الخير دائما  ✿  لعلك تحظى بالمئوبة والأجر

فـمن عـاش ألفـا وألفيـن إنـه  ✿  لابـد من يـوم يسـير إلى القبر

Siapapun yang hidup seribu atau dua ribu tahun. Suatu hari ia pasti akan menuju kuburan.

فداوم على تقوى الإله فإنها  ✿  أمان في موقف الحشر

Maka teruslah untuk selalu berTaqwa kepada Allah, sesungguhnya taqwa Memberikan rasa aman ketika dibangkitkan.

Pantun nasihat



Terbang tinggi burung helang,
Menjunam turun menangkap ikan;
Jika mahu hati tenang,
Berzikir selalu ingat Tuhan.

Pantun nasihat

Putih-putih kain kafan,
Merah-merah tanah kubur;
Mati nanti bawa amalan,
Bukan sifat riak dan takbur.

Ilmu & Amal

Followers