Thursday 26 September 2019

Contoh yang baik

Rasulullah ﷺ bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam maka ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang beramal dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Wednesday 25 September 2019

Semua anak adam itu berbuat kesalahan dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan itu ialah orang-orang yang mahu bertaubat

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Semua anak adam itu berbuat kesalahan dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan itu ialah orang-orang yang mahu bertaubat."

[Hadis Riwayat Tirmizi]

Tuesday 24 September 2019

Sunday 22 September 2019

Amalan solat sunat Dhuha









SOLAT DHUHA

Dirikanlah solat sunat Dhuha 2,4,6,8,10,12 rakaat setiap pagi dalam waktu yang dibenarkan dengan ikhlas dan istiqamah, kerana Allah. Waktunya bermula 26 minit selepas naik matahari (syuruk) dan berakhir sebelum tengahari/zohor. 
Contohnya: 8-11 pagi di KL termasuk dlm waktu dhuha.

• Panduan Solat Sunat Dhuha ► http://goo.gl/T1p8A
• Keutamaan Solat Dhuha ► https://goo.gl/y30okb
• Video: Waktu Syuruk, Solat Sunat Isyraq & Dhuha ► https://goo.gl/9oaZ44



Saturday 21 September 2019

Jangan pernah merasa solat itu beban, kerana hakikatnya solat itulah yang meringankan beban. #solat


Zikir yang paling utama dan doa yang paling utama




Rasulullah ﷺ bersabda: "Zikir yang paling utama adalah lafaz "La ilaha illallah" dan doa yang paling utama adalah lafaz "Alhamdulillah"." (Hadis riwayat Imam Tirmizi & Imam Nasa'i)

Lazimkan membaca subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon




Rasulullah ﷺ bersabda, "Lazimkan membaca subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon". (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Thursday 19 September 2019

Zikir yang paling disukai oleh Rasulullah ﷺ




Zikir yang paling disukai oleh Rasulullah ﷺ

Rasulullah ﷺ bersabda: 
”Aku dianjurkan membaca subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar, lebih disukai dari apa-apa yang matahari terbit di atasnya”

(Sahih Muslim)
---
Maksudnya inilah zikir yang paling disukai oleh Nabi Muhammad ﷺ. Mari kita amalkan sebanyak yg boleh serta memahami erti dan mengamalkan tuntutan setiap kalimah itu.

Ilmu & Amal

Followers