Friday 13 September 2019

4 soalan pada Hari Kiamat

4 soalan pada Hari Kiamat

Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat sehingga ia disoal mengenai UMURNYA pada perkara apakah ia habiskan, dan ILMUNYA untuk apakah ia gunakan, dan HARTANYA dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, dan juga TUBUH BADANNYA pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya.”

(Hadis Riwayat Imam Tirmizi)

Tuesday 10 September 2019

Surah Al-An'am (Surah 6, Quran) - Sheikh Hani Ar Rifa'i

Buy Muslim First (BMF). Apa kata Mufti Perak...


Tindakan semasa jerebu


Cara Rasulullah Membaca Al-Quran

Abdullah bin Abi Qais berkata: 

Aku bertanya kepada Aisyah mengenai bacaan Rasulullah, "Adakah beliau membaca secara perlahan ataupun kuat?"

Jawab Aisyah, "Rasulullah pernah membaca dengan kedua-dua cara. Kadang kala beliau baca dengan perlahan dan kadang kala beliau baca dengan kuat".

Aku membalas, "Seluruh pujian kepada Allah yang memberikan kemudahan dan kesenangan dalam perkara ini".

(Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Ibnu Majah, Nasa'i dan Ahmad)

Ilmu & Amal

Followers