Tuesday, 3 January 2023
Monday, 2 January 2023
Mencukupkan Kamu Dari Segala Sesuatu
Mencukupkan Kamu Dari Segala Sesuatu
Baca 3 Qul ini, 3 kali semasa pagi dan 3 kali semasa petang:
🔹️Surah Al-Ikhlas (112)
🔹️️Surah Al-Falaq (113)
🔹️Surah An-Nas (114)
Sunday, 25 December 2022
Keagungan Al-Quran
Keagungan Al-Quran
Daripada Abdullah bin 'Amru dari Nabi SAW baginda bersabda:
"Pada hari pengadilan kelak akan diseru kepada sohibul Quran (ahli Al-Quran); Teruskanlah bacaan al-Quran mu dan teruskanlah menaiki tingkat demi tingkat syurga dan bacalah dengan tartil sebagaimana kamu membacanya ketika di dunia, sesungguhnya tempat terakhirmu ada pada ayat terakhir yang kamu baca.
[Hadis Riwayat Tirmizi (No. 2838), Status Hadis Hasan Sahih]
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
Friday, 23 December 2022
Solat
Solat
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Barangsiapa suka bertemu Allah dalam keadaan muslim, hendaklah ia menjaga solat lima waktu."
(Hadis riwayat Imam Ibnu Majah)
Thursday, 22 December 2022
Beselawatlah selalu untuk Rasul tercinta
Beselawatlah selalu untuk Rasul tercinta
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Monday, 19 December 2022
Friday, 16 December 2022
Zikir Selepas Solat
Zikir Selepas Solat
Daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, daripada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam baginda bersabda:
مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ
"Barangsiapa bertasbih (Subhanallah) kepada Allah selepas solat sebanyak tiga puluh tiga kali, dan bertahmid (Alhamdulillah) kepada Allah tiga puluh tiga kali, dan bertakbir (Allahu Akbar) kepada Allah tiga puluh tiga kali, hingga semuanya berjumlah sembilan puluh sembilan, -dan baginda menambahkan- dan kesempurnaan seratus adalah membaca
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(Tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya seluruh kerajaan, dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Mampu melakukan segala sesuatu)
maka kesalahan-kesalahannya akan diampunkan walau sebanyak buih di lautan."
[Hadis riwayat Imam Muslim (Sahih Muslim 597)]
Thursday, 15 December 2022
Solat Adalah Amalan Yang Mula-Mula Sekali Dihisab Pada Hari Kiamat
Solat Adalah Amalan Yang Mula-Mula Sekali Dihisab Pada Hari Kiamat
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sholat seseorang, jika sholatnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sholat nya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sholat fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sholat-sholat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sholat fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.”
[Hadis riwayat Imam Tirmizi]
Tuesday, 13 December 2022
Sempurnakan Wuduk
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Umat-ku akan tampil dengan wajah yang bersinar pada hari Kiamat oleh kerana wuduknya yang sempurna."
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Imam Muslim & Imam Ahmad)
Subscribe to:
Comments (Atom)






