Saturday 11 September 2021

Doa keluar rumah

Muslim yang baik

Satu selawat dibalas sepuluh


Satu selawat dibalas sepuluh 💙

Jom berselawat keatas Nabi ﷺ

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Fokus

FOKUS

Semasa solat kita perlu khusyuk (fokus/berikan tumpuan). Dari sini kita pelajari bahawa fokus juga diperlukan dalam kehidupan kita; pekerjaan, perkhidmatan, perniagaan, pembelajaran, perlawanan sukan, memandu dan sebagainya...perlukan fokus, berikan tumpuan. Tanpa fokus, kejayaan sukar dicapai kerana banyak penyimpangan antara minda dan tindakan.

~ Ahmad Sanusi Husain

Thursday 9 September 2021

Doa agar dikurniakan zuriat dan keturunan yang baik

Ucapkan takziah kepada mereka yang ditimpa musibah


Ucapkan Takziah Kepada Mereka Yang Ditimpa Musibah

Diriwayatkan oleh Abu ‘Umarah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ مُؤْمِنٍ يُعَزِّي أَخَاهُ بِمُصِيبَةٍ إِلاَّ كَسَاهُ اللَّهُ سُبْحَانَهُ مِنْ حُلَلِ الْكَرَامَةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Tidak ada seorang mukmin yang mengucapkan takziah kepada saudaranya disebabkan suatu musibah melainkan Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan
pada hari kiamat kelak.”
[HR Ibn Majah (1601)]

Menurut Imam Al-Sindi, Ucapan takziah kepada saudaranya adalah dengan cara menyuruhnya supaya bersabar. Seperti ucapan ‘’Semoga Allah memberikan ganjaran yang besar kepada kamu’’ dan seumpamanya.
[Hasyiyah Al-Sindi ‘ala Ibn Majah (1/486)]

Wednesday 8 September 2021

Mulai perbuatan baik dengan Busmillah agar kebaikan itu sempurna



Bismillah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani."

Tuesday 7 September 2021

Ucapan ketika bersin dan jawapan bagi yang mendengarnya


Ucapan Ketika Bersin &
Jawapan Bagi Yang Mendengarnya

1. Ucapan selepas bersin:
الْحَمْدُ لِلَّهِ
“Segala Puji Bagi Allah SWT”

2. Ucapan ketika mendengar orang yang bersin bertahmid:
يَرْحَمُكَ اللَّهُ
“Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat kepada kamu”

3. Orang yang bersin membalas semula dengan ucapan:
يَهْدِيْكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ
“Semoga Allah SWT memberikan petunjuk kepada kamu dan memperbaiki hatimu.”

(Hadis riwayat Imam Bukhari, 6224)

Ilmu & Amal

Followers