Showing posts with label Ayatul Kursi. Show all posts
Showing posts with label Ayatul Kursi. Show all posts

Sunday 2 December 2018

Ayatul Kursi

Allah SWT berfirman:

اللَّهُ لَآ إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَىُّ الْقَيُّومُ  ۚ  لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ  ۚ  لَّهُۥ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الْأَرْضِ  ۗ  مَنْ ذَا الَّذِى يَشْفَعُ عِنْدَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦ  ۚ  يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ  ۖ  وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَ  ۚ  وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضَ  ۖ  وَلَا يَئُودُهُۥ حِفْظُهُمَا  ۚ  وَهُوَ الْعَلِىُّ الْعَظِيمُ

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)"

(Quran, Surah Al-Baqarah 2: Ayat 255)

#Quran #AyatulKursi

Thursday 29 November 2018

Kelebihan membaca ayat al-Kursi

Daripada Abi Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda:


 

مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ، إِلَّا الْمَوْتُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati”. 
[Riwayat al-Thabarani di dalam Mu’jam al-Kabir (7532)] [Riwayat al-Nasa’ie di dalam al-Sunan al-Kubra (9848)][Hadith ini dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban]

Monday 12 November 2018

Thursday 1 November 2018

Kelebihan membaca ayat Kursi selepas solat fardhu


Hadis diriwayatkan oleh Imam an-Nasaie dalam Al-Sunan Al-Kubra (9848) dan A'mal al-Yaum wa al-Lailah (100); Imam at-Thabrani dalam Al-Mu'jam Al-Kabir (7532), Al-Awsath (8068):

أَخْبَرَنَا الْحُسَيْنُ بْنُ بِشْرٍ ، بِطَرَسُوسَ ، كَتَبْنَا عَنْهُ ، قَالَ : حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ حِمْيَرٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ زِيَادٍ ، عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ إِلاَّ أَنْ يَمُوتَ.
Daripada Abu Umamah al-Bahiliy r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas solat fardhu, maka tiada apa yang menghalangnya daripada syurga kecuali kematian.

*Ia bermaksud bahawa amalan ini akan memudahkan masuk ke syurga selepas mati.
Shaikh al-Albani mensahihkannya dalam Al-Silsilah Al-Sahihah (972)

---
Alfalah Consulting KL: www.alfalahconsulting.com

Ilmu & Amal

Followers