Showing posts with label Hadis. Show all posts
Showing posts with label Hadis. Show all posts

Tuesday 14 May 2019

Galakkan Mencari Rezeki Yang Halal




Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.”

(Riwayat Ibn Majah dan al- Tabrani)


Pengajaran Hadis:

i) Islam amat menitikberatkan masalah pencarian rezeki oleh manusia di mana setiap makhluk Allah itu telah ditentukan rezekinya masing-masing sejak ia berada di dalam perut ibunya lagi.

ii) Antara bahaya kemiskinan itu ia boleh membuatkan seseorang itu melakukan apa sahaja. Contohnya seorang perempuan akan sanggup menggadaikan sesuatu yang amat berharga yang ada pada dirinya kerana inginkan sedikit perbelajaan untuk keperluan harian, walaupun secara terpaksa dan sedar yang perbuatan itu adalah terkutuk, tetapi keadaan yang tertekan memaksa ia melakukannya.

iii) Mencari rezeki yang halal adalah kewajipan setiap mukmin. Oleh itu Islam amat menuntut supaya umatnya banyak bersabar dan jangan mudah berputus asa dalam mencari rezeki tetapi hendaklah berusaha bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakkal kepada Allah kerana rahmat Allah S.W.T adalah sangat luas dan Dia tidak akan mensia-siakan doa dan usaha hamba-Nya.




iv) Sesungguhnya kemiskinan dan kesempitan hidup adalah satu ujian daripada Allah S.W.T namun begitu perlu direnungkan juga bahawa pendapatan (rezeki) yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia itu sebenarnya adalah lebih baik daripada pendapatan (rezeki) yang banyak tetapi melalaikan. Di sinilah pentingnya keberkatan rezeki yang bakal menentukan kebahagian hidup manusia di dunia dan akhirat.

Sunday 13 January 2019

Pastikan hadis yang sahih

Untuk panduan mudah kepada orang awam, pastikan hadis- hadis tercatat dlm AL-KUTUB AL-SITTA (Enam Kitab):

- Sahih Bukhari

- Sahih Muslim

- Sunan Tirmizi

- Sunan Nasa'i

- Sunan Ibn Majah

- Sunan Abu Daud


Juga tambahan 2 lagi kitab utama:

- Muwatta Ibn Malik

- Musnad Ahmad


Jika "hadis" itu tidak ada dalam salah satu Kitab Hadis di atas, maka eloklah jangan disebarkan dulu dan rujuk kepada Pakar Ilmu Hadis untuk pengesahan.


Berdusta atas nama Nabi adalah salah satu dosa besar yg diancamkan dengan tempat di Neraka. Na'u zubillah.

Wednesday 9 January 2019

Kelebihan solat isyak dan solat subuh berjemaah

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ أَثْقَلَ صَلَاةٍ عَلَى الْمُنَافِقِينَ صَلَاةُ الْعِشَاءِ، وَصَلَاةُ الْفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafiq adalah solat isyak dan solat al-Fajar (subuh). Sekiranya mereka mengetahui (pahala) apa yang terdapat pada keduanya, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak.” 

[Hadis Riwayat Muslim (651)]


Daripada Uthman bin al-Affan RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ، وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ

“Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah, seumpama dia telah solat separuh daripada malam dan sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, seumpama dia telah solat sepanjang malam.” 

[Hadis Riwayat Imam Muslim (656)]

Friday 28 December 2018

Sedekah dengan lisan

Sedekah dengan lisan.

Doa Yang Paling Didengari Oleh Allah SWT

Doa Yang Paling Didengari Oleh Allah SWT


Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab.


"Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu".


(Sunan At-Tirmizi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmizi 3/167-168 No. 2782)

Thursday 27 December 2018

Doa Nabi s.a.w apabila ditimpa kesusahan/kesulitan

Doa Nabi s.a.w apabila ditimpa kesusahan/kesulitan

Semoga Allah سبحانه وتعالى meringankan beban dan kesusahan yang dialami.

Saturday 22 December 2018

Zikir istimewa - Zikir Juwairiyah

Zikir Istimewa

Dari Ummul mu'minin yaitu Juwairiyah binti al-Harits radhiallahu 'anha bahawasanya Nabi SAW keluar dari rumahnya pada pagi hari ketika waktu Subuh.

Kemudian Baginda SAW kembali setelah melakukan sholat Dhuha, sedangkan Juwairiyah sedang duduk. Kemudian beliau SAW bersabda: "Engkau masih tetap dalam
keadaan di waktu tadi saya tinggalkan,"
Juwairiyah menjawab, "Ya. "Nabi SAW lalu bersabda: "Saya telah mengucapkan setelah meninggalkan engkau tadi empat macam kalimat, sebanyak tiga kali, andaikata kalimat-kalimat itu ditimbang dengan kalimat kalimat yang engkau ucapkan sejak hari ini tadi, nescaya kalimat-kalimat yang saya ucapkan itu lebih baik daripada yang engkau ucapkan, kalimat itu ialah:

"Subhanallah wa bihamdihi 'adada khalqihi wa ridha nafsihi wa zinata 'arsyihi wa midada kalimatihi -

Maha Suci Allah dan dengan mengucapkan puji-pujian padaNya.sebanyak hitungan makhlukNya, sesuai dengan keredhaan ZatNya, seberat timbangan 'arasyNya dan sepanjang beberapa kalimahNya."

(Riwayat Muslim)

Riyadhus Shalihin (Taman Orang-orang Salih)
Imam Nawawi m/s 1304

Sunday 16 December 2018

Zikir menghapuskan dosa sebanyak buih di lautan

Zikir menghapuskan dosa sebanyak buih di lautan


Daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, daripada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam baginda bersabda:


مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ


"Barangsiapa bertasbih (Subhanallah) kepada Allah selepas solat sebanyak tiga puluh tiga kali, dan bertahmid (Alhamdulillah) kepada Allah tiga puluh tiga kali, dan bertakbir (Allahu Akbar) kepada Allah tiga puluh tiga kali, hingga semuanya berjumlah sembilan puluh sembilan, -dan baginda menambahkan- dan kesempurnaan seratus adalah membaca 


لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

(Tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya seluruh kerajaan, dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Mampu melakukan segala sesuatu)


maka kesalahan-kesalahannya akan diampunkan walau sebanyak buih di lautan."


HR. Muslim (597)

Doa sebelum tidur dan bangun dari tidur

Doa sebelum tidur dan bangun dari tidur.

Friday 7 December 2018

Tuntutan dan kelebihan selawat

Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat 10 darjat kepadanya.”


[Hadis Riwayat Imam Ahmad, Imam Nasai & Imam Al-Hakim]

Ilmu & Amal

Followers