Tuesday 17 December 2019

Allah mencukupkan sesiapa yang bertawakkal kepada Nya




Allah mencukupkan sesiapa yang bertawakkal kepada Nya

Firman Allah s.w.t
وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُۥٓ
"Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya..."
(Quran, Surah Ath-Thalaq 65 : 3)

Daripada Umar bin Khattab r.a berkata, "Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 

 لَوْ أَنَّكُمْ تَوَكَّلْتُمْ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا

"Sekiranya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakkal, nescaya Dia akan memberi rezeki kepada kalian sebagaimana Dia memberi rezeki terhadap burung, ia pergi dalam keadaan lapar dan pulang dalam keadaan kenyang."

Hadis riwayat Ibnu Majah (4164), Tirmizi (2344), Nasa'i di dalam al-Kubra,  Ahmad (200), dinilai sahih oleh Syeikh Nasiruddin al-Albani

Keterangan hadis :
(Syeikh Salim bin 'Ied al-Hilali) 

1. Perintah untuk bertawakkal kepada Allah s.w.t dengan bersungguh-sungguh dan penuh keyakinan iaitu dalam segala hal dan berbagai kesibukan. 

2. Berusaha mencari rezeki termasuk dalam wujudnya kesungguhan dalam bertawakkal kepada Allah s.w.t, seperti burung yang terbang pagi hari dan tidak berhenti berusaha. 

3. Tawakkal yang benar adalah sumber rezeki terbaik, tetapi harus tetap disertai dengan usaha yang diperlukan untuk mendapatkannya. 

4. Rezeki tidak datang melalui kekuatan, tetapi datang dengan menempuh jalan yang diperlukan lalu disertai dengan sikap tawakkal. Jika tidak demikian, nescaya burung yang kecil tidak akan dapat rezeki saat sedang bersama burung helang (yang lebih kuat daripadanya)


Monday 16 December 2019

Zikir menghapus dosa sebanyak buih di lautan



ZIKIR MENGHAPUS DOSA SEBANYAK BUIH DI LAUTAN

Daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, daripada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam baginda bersabda:

مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ

"Barangsiapa bertasbih (Subhanallah) kepada Allah selepas solat sebanyak tiga puluh tiga kali, dan bertahmid (Alhamdulillah) kepada Allah tiga puluh tiga kali, dan bertakbir (Allahu Akbar) kepada Allah tiga puluh tiga kali, hingga semuanya berjumlah sembilan puluh sembilan, -dan baginda menambahkan- dan kesempurnaan seratus adalah membaca 

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(Tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya seluruh kerajaan, dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Mampu melakukan segala sesuatu)

maka kesalahan-kesalahannya akan diampunkan walau sebanyak buih di lautan."

Hadis riwayat Imam Muslim (Sahih Muslim 597)

Tuesday 10 December 2019

Hadis Akhlak - Hak Jiran

Rasulullah SAW bersabda: "sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia memuliakan tertangganya. (HR Bukhari, muslim)

Rasulullah SAW bersabda: "tidaklah seseorang itu beriman sebelum tertangganya aman dari kejahatannya. (HR Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: "Jibril sentiasa menasihatiku mengenai kejiranan, sehingga aku menyangka bahawa jiran akan menerima warisan dari jirannya." (HR Bukhari, muslim)

Rasulullah SAW bersabda: "40 rumah adalah tertangga." (HR Abu Daud)

Rasulullah SAW bersabda: "tertangga ada 3 jenis, iaitu yang memiliki 1 hak, yang memiliki 2 hak, dan yang memiliki 3 hak. 
Tertangga yang memiliki 3 hak ialah tertangga, muslim yang mempunyai ikatan kekeluargaan. Dia mempunyai hak kejiranan, hak keislaman dan hak kekeluargaan.
Ada Tertangga yang memiliki 2 hak ialah tertangga muslim yang memiliki hak kejiranan dan hak keislaman.
Dan Adapun tertangga yang memiliki 1 hak iaitu tertangga musyrik." (HR Abu Daud)

Ditanya kepada Rasulullah: "wahai rasulullah, si fulan(wanita) ini berpuasa pada siang hari dan melakukan solat pada malam hari, tetapi perilakunya buruk dan dia suka menyakiti jiran dengan kata-katanya."
Rasulullah SAW bersabda: "dia termasuk ahli neraka."(HR Ahmad)

8 golongan orang berhak menerima zakat (asnaf zakat)


Monday 2 December 2019

Zikir bagi hati bagaikan air bagi ikan, maka, bagaimanakah keadaan ikan apabila berpisah dari air?


10 golongan yang dilaknat kerana arak



10 golongan yang dilaknat kerana arak

Dari Anas bin Malik RA,

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الخَمْرِ عَشَرَةً: عَاصِرَهَا، وَمُعْتَصِرَهَا، وَشَارِبَهَا، وَحَامِلَهَا، وَالمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ، وَسَاقِيَهَا، وَبَائِعَهَا، وَآكِلَ ثَمَنِهَا، وَالمُشْتَرِي لَهَا، وَالمُشْتَرَاةُ لَهُ

Rasulullah SAW melaknat dalam isu arak ini 10 golongan: “Pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya.”

Hadis riwayat Imam al-Tirmizi (1295) dalam Sunan Tirmizi.

Ilmu & Amal

Followers