Saturday 4 September 2021
Hati tenteram dengan zikrullah
HATI TENTERAM DENGAN ZIKRULLAH 💚
الَّذِينَ ءَامَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
(Quran, surah Ar-Rad, ayat 28)
Friday 3 September 2021
Doa ditambahkan kebaikan
Doa Ditambahkan Kebaikan 🤲
اَللَّهُمَّ زِدْنَا وَلاَ تَنْقُصْنَا، وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُهِنَّا، وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا، وَآثِرْنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا، وَارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا
Maksudnya: "Wahai Allah, Tambahkanlah buat kami dan jangan engkau kurangkan, Muliakanlah kami, jangan hinakan kami, Berilah buat kami, jangan dicegahnya, Pilihlah kami, jangan engkau biarkan, Dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami."
(Hadis Riwayat Imam Tirmizi, 3173)
Doa di waktu pagi
Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima. 🤲
Aamiin
Thursday 2 September 2021
Doa Memohon Agar Amal Ibadah Diterima Allah SWT
Doa Memohon Agar Amal Ibadah Diterima Allah SWT 🤲
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah, 2:127)
Wednesday 1 September 2021
Monday 30 August 2021
Doa Memohon Kehidupan dan Kematian dalam Islam
Doa Memohon Kehidupan dan Kematian dalam Islam 🤲
Dunia ini merupakan tempat persinggahan bagi setiap insan dan tempat untuk mengumpulkan amalan-amalan untuk dibawa ke alam akhirat iaitu tempat yang kekal abadi.
Semoga kita semua dikurniakan husnul khatimah, pengakhiran hidup yang baik dalam dua nikmat yang paling berharga iaitu Iman dan Islam. Insya-Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)