Friday 25 December 2020

Kenali tempat kelahiran dan zaman 10 imam ini (4 imam mazhab, 6 imam hadis)

Doa perlindungan dari kekufuran, kemiskinan dan azab kubur

10 Sebab Doa Terhijab (menurut Syeikh Ibrahim Adham)

10 Sebab Doa Terhijab (menurut Syeikh Ibrahim Adham)

“Wahai Syeikh Ibrahim Adham, kami telah berdoa kepada Allah, tetapi tidak diperkenankan-Nya lagi. Beritahulah kami apakah sebabnya?” Syeikh Ibrahim Adham menjawab, terhijabnya doa disebabkan 10 perkara...”

1) Kamu mengenali Allah tetapi tidak menunaikan hak-Nya (perintahNya).

2) Kamu membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengannya.

3) Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu tetapi kamu menurut hasutannya.

4) Kamu mendakwa mencintai Rasulullah tetapi kamu meninggalkan amalan dan sunnah-nya.

5) Kamu mendakwa mencintai syurga tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.

6) Kamu mendakwa membenci neraka tetapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.

7) Kamu mendakwa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.

8) Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.

9) Kamu makan rezeki Allah tapi kamu tidak mensyukurinya.

10) Kamu mengebumikan jenazah saudaramu tetapi kamu lupa mengambil ikhtibar daripadanya.

Wednesday 23 December 2020

Janganlah salah seorang (lelaki) daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya

Janganlah salah seorang (lelaki) daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya.

Sungguh benar...

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya.”
(Hadis riwayat Imam Bukhari & Iman Muslim)

Di dalam riwayat yang lain,
Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya.”
(Hadis riwayat Imam Ahmad & Imam Tirmizi, dengan sanad yang sahih)

Kelebihan sedekah

Ilmu & Amal

Followers