Friday 11 October 2019

Masjid Al Hana - Langkawi island, Kedah, Malaysia


Gandakan Selawat pada hari Jumaat



Gandakan Selawat pada hari Jumaat
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ 
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Thursday 10 October 2019

Pantun hari ini

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian;
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

Biarlah orang bertanam buluh,
Mari kita bertanam padi;
Biarlah orang bertanam musuh,
Marilah kita bertanam budi.

Rintihan Di Malam Hari ~ Syair Imam Bukhari


Sunday 6 October 2019

Pantun nasihat hari ini

Tepian sungai laluan berbatu,
Menyeberang sungai guna titi;
Sentiasalah solat di awal waktu,
Jangan tangguh jangan nanti.

Kelebihan membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas solat fardhu

Daripada Abi Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
 
مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ، إِلَّا الْمَوْتُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati”. 
[Riwayat al-Thabarani di dalam Mu’jam al-Kabir (7532)] [Riwayat al-Nasa’ie di dalam al-Sunan al-Kubra (9848)][Hadith ini dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban]

Saturday 5 October 2019

Ayatul Kursi (ayat 255 Surah Al-Baqarah, Quran)




Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). 
Yang tidak mengantuk mahupun tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. 
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafa'at (pertolongan) disisi-Nya melainkan dengan izin-Nya.
Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka,
sedangkan mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah menghendaki (memberitahu kepadanya). 
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; 
dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah untuk menjaga serta memelihara keduanya.
Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya).

Ilmu & Amal

Followers