Sunday 6 October 2019

Pantun nasihat hari ini

Tepian sungai laluan berbatu,
Menyeberang sungai guna titi;
Sentiasalah solat di awal waktu,
Jangan tangguh jangan nanti.

Kelebihan membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas solat fardhu

Daripada Abi Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
 
مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ، إِلَّا الْمَوْتُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati”. 
[Riwayat al-Thabarani di dalam Mu’jam al-Kabir (7532)] [Riwayat al-Nasa’ie di dalam al-Sunan al-Kubra (9848)][Hadith ini dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban]

Saturday 5 October 2019

Ayatul Kursi (ayat 255 Surah Al-Baqarah, Quran)




Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). 
Yang tidak mengantuk mahupun tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. 
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafa'at (pertolongan) disisi-Nya melainkan dengan izin-Nya.
Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka,
sedangkan mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah menghendaki (memberitahu kepadanya). 
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; 
dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah untuk menjaga serta memelihara keduanya.
Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya).

Sunday 29 September 2019

Kemaafan




Kemaafan

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Thursday 26 September 2019

6 tanda kemunafikan dalam salat ~ Imam Ibnu Qayyim


Contoh yang baik

Rasulullah ﷺ bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam maka ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang beramal dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Ilmu & Amal

Followers