Saturday, 14 May 2022
Rahsiakan Sedekah Peribadi (Persendirian)
Rahsiakan Sedekah Peribadi (Persendirian)
Merahsiakan sedekah peribadi (persendirian) adalah dianjurkan kerana ia mengelakkan rasa menunjuk-nunjuk dan riyak, tiada lagi keikhlasan niat kerana Allah.
Friday, 13 May 2022
Doa Anak Kepada Ibu Bapa
Doa Anak Kepada Ibu Bapa 🤲
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Quran, Surah Al-Isra' 17: Ayat 24)
Adab Anak Kepada Ibu Bapa
Adab Anak Kepada Ibu Bapa
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَقَضٰى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِالْوٰلِدَيْنِ إِحْسٰنًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
(Quran Surah Al-Isra' 17: Ayat 23)
Thursday, 12 May 2022
Doa Ketika Menziarahi Orang Sakit
Doa Ketika Menziarahi Orang Sakit 🤲
Ketika kita menziarahi orang yang sedang sakit, bacalah doa ini. Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan kepada mereka yang sedang diuji dengan kesakitannya.
Membaca Surah 3 Qul Pada Waktu Pagi dan Petang
Membaca Surah 3 Qul Pada Waktu Pagi dan Petang
Pada waktu pagi dan petang, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’ sebanyak tiga kali. Keutamaan yang diperolehi adalah, akan dijaga dari segala sesuatu (segala keburukan).
“Al-Muawwizat juga dijadikan wirid / zikir di waktu pagi dan petang. Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali diwaktu pagi dan petang, nescaya Allah SWT akan mencukupinya dari segala sesuatu.”
(HR. Abu Dawud no. 4419, An Nasa’i no. 5333, dan At Tirmidzi no. 3399)
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Telah diturunkan kepadaku ayat-ayat yang tidak sepertinya iaitu ‘Al-Mu’awwizataini’ (surah An-Naas dan surah Al-Falaq).”
(HR Muslim no. 814, At Tirmidzi no. 2827, An Naasa’i no. 944)
“Setelah turunnya dua surah ini, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam mencukupkan kedua-duanya dengan ‘Surah Al-Ikhlas’, sebagai bacaan (wirid) untuk membentengi dari pandangan buruk jin maupun manusia.”
(HR. At Tirmidzi radhiallahu ‘anhu)
Moga bermanfaat dan Selamat beramal..
Wallahualam Bissawab
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ilmu & Amal
- Anjuran bangun malam untuk mengerjakan solat tahajjud - 1/17/2023
- Kelebihan yang besar bagi solat ‘Isyak dan Subuh secara berjemaah - 1/17/2023
- Ganjaran Besar Untuk Pembaca Quran - 1/8/2023
- Ksya Hati - 1/7/2023
- Bangunlah beribadah malam - 1/7/2023