Monday, 2 May 2022

Istiqamah


Istiqamah

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Amalan yang paling dicintai Allah Ta'ala adalah amalan yang beterusan walaupun itu sedikit."
[Hadis riwayat Imam Muslim (783)]

Lafaz Takbir Raya

Sunday, 1 May 2022

Adab Di Hari Raya


Adab Di Hari Raya

Hari Raya menjelang tiba! Tentu ramai yang tak sabar untuk beraya bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

Tetapi dalam kita teruja nak menyambut hari raya, jangan dilupakan beberapa adab-adab di hari raya yang dianjurkan Nabi Muhammad SAW untuk kita lakukan antaranya ialah:

• Mandi, memakai bau-bauan dan memakai pakaian yang baru.
• Sunat bersegera ke masjid pada pagi hari raya.
• Sunat makan sedikit makanan sebelum pergi bersolat Aidilfitri
• Sunat pergi ke masjid dengan berjalan kaki dan balik semula melalui jalan yang lain.
• Sunat saling mengucapkan tahniah dan doa antara satu sama lain iaitu تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ (semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu)

Marilah sama-sama kita panjatkan doa moga-moga ibadat yang dilaksanakan sepanjang Ramadan diterima Allah SWT. Insya-Allah.

Salam Syawal 1443H. Maaf Zahir & Batin.

Ramadan bakal pergi...

Pengampunan Allah bagi sesiapa yang mendirikan malam al-Qadr dengan ibadah

Saturday, 30 April 2022

Boleh jadi Lailatul Qadar pada malam ke 29 di bulan Ramadan


Boleh jadi Lailatul Qadar pada malam ke 29 di bulan Ramadan

Sebagaimana diterangkan dalam hadis Abu Hurairah radhiallahu’anhu, berkata:

أنَّ رسولَ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ قالَ في ليلةِ القدرِ إنَّها ليلةٌ سابعةٌ أو تاسعةٌ وعشرينَ إنَّ الملائكةَ تلكَ اللَّيلةَ في الأرضِ أكثرُ من عددِ الحصى

Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda tentang Lailatul Qadr,

“Sesungguhnya malam itu malam yang ke dua puluh tujuh atau ke dua puluh sembilan, sesungguhnya malaikat pada malam itu lebih banyak dari jumlah butiran kerikil” (HR Ahmad (16/428 nombor 10734)

Juga dalam hadis Ubadah bin Shamit radhiallahu’anhu, beliau bertanya kepada Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam tentang Lailatul Qadr, maka beliau bersabda:

في رمضانَ فالتمِسوها في العشرِ الأواخرِ فإنَّها في وِترٍ في إحدَى وعشرين أو ثلاثٍ وعشرين أو خمسٍ وعشرين أو سبعٍ وعشرين أو تسعٍ وعشرين أو في آخرِ ليلةٍ فمن قامها ابتغاءَها إيمانًا واحتسابًا ثمَّ وُفِّقتْ له غُفِر له ما تقدَّم من ذنبِه وما تأخَّر

“Di bulan Ramadhan, maka carilah ia pada sepuluh malam terakhir, karena malam itu terjadi pada malam-malam ganjil, pada malam ke dua puluh satu, atau dua puluh tiga, atau dua puluh lima, atau dua puluh tujuh, atau dua puluh sembilan, atau pada akhir malam bulan Ramadhan. Maka barangsiapa menghidupkan malam itu untuk mendapatkannya dengan penuh pengharapan kepada Allah kemudian dia mendapatkannya, niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu dan yang akan datang“ (HR Ahmad (37/386-387,406)

Bahaya terlelap (microsleep) ketika memandu

Bahaya terlelap (microsleep) ketika memandu

Doa Ketika Berhenti Atau Menginap Di Sesuatu Tempat

Manfaatkan baki Ramadan dengan bertaubat

Ilmu & Amal

Followers