Tuesday, 12 April 2022

Siapakah yang enggan masuk syurga?

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Semua ummatku layak masuk syurga kecuali mereka yang sengaja enggan masuk syurga.” Sahabat bertanya : “Siapakah yang enggan masuk syurga itu ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah saw : “Sesiapa yang taat kepadaku layak masuk syurga dan sesiapa yang menderhakaiku maka sesungguhnya ia lah orang yang enggan masuk syurga.”
(Hadis riwayat Imam Bukhari)

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ Hasbunallahu wa ni’mal wakil


حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

"Hasbunallahu wa ni’mal wakil."

"Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung."
(Quran, surah Ali-Imran: 173)

Amalan Sunnah Di Bulan Ramadan

Doa memohon kehidupan dan kematian dalam kebaikan

Monday, 11 April 2022

Waktu doa mustajab


WAKTU DOA MUSTAJAB

Ketika hampir berbuka, angkat tangan dan berdoa. Kerana itulah waktu doa mustajab.

Marilah kita semua menadah tangan dan berdoa agar Allah mengampunkan segala dosa kita dan mudah-mudahan Allah memakbulkan segala doa dan pengharapan kita. InsyaAllah.

Berdasarkan hadis daripada Ibn Umar R.A, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka, mempunyai doa mustajab yang pasti tidak ditolak.”
Riwayat Ibn Majah dan al-Hakim dalam al-Mustadrak.

Ilmu & Amal

Followers