Sunday, 27 June 2021

ISTIRJA' ~ Pernyataan kembali kepada Allah


ISTIRJA' ~ Pernyataan kembali kepada Allah

الَّذِينَ إِذَآ أَصٰبَتْهُمْ مُّصِيبَةٌ قَالُوٓا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رٰجِعُونَ
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."


(Quran, Surah Al-Baqarah 2: Ayat 156)

2 laut bertemu tapi tidak melampaui sempadannya


2 LAUT BERTEMU TAPI TIDAK MELAMPAUI SEMPADANNYA

مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ
Ia biarkan air dua laut mengalir, sedang keduanya pula bertemu;

بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;

(Quran, Surah Ar-Rahman 55: Ayat 20-21)

Ayat yang disebut 31 kali dalam Surah Ar-Rahman

AYAT YANG DISEBUT 31 KALI DALAM SURAH AR-RAHMAN

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?"

(Quran, SurahAr-Rahman 55: Ayat 13)


Saturday, 26 June 2021

Membaca Surah 3 Qul pada waktu pagi dan petang


Membaca surah 3 Qul pada waktu pagi dan petang

Pada waktu pagi dan petang, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’ sebanyak tiga kali. Keutamaan yang diperolehi adalah, akan dijaga dari segala sesuatu (segala keburukan).

“Al-Muawwizat juga dijadikan wirid / zikir di waktu pagi dan petang. Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali diwaktu pagi dan petang, nescaya Allah SWT akan mencukupinya dari segala sesuatu.”

(HR. Abu Dawud no. 4419, An Nasa’i no. 5333, dan At Tirmidzi no. 3399)

Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Telah diturunkan kepadaku ayat-ayat yang tidak sepertinya iaitu ‘Al-Mu’awwizataini’ (surah An-Naas dan surah Al-Falaq).”

(HR Muslim no. 814, At Tirmidzi no. 2827, An Naasa’i no. 944)

“Setelah turunnya dua surah ini, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam mencukupkan kedua-duanya dengan ‘Surah Al-Ikhlas’, sebagai bacaan (wirid) untuk membentengi dari pandangan buruk jin maupun manusia.”
(HR. At Tirmidzi radhiallahu ‘anhu)

Moga bermanfaat dan Selamat beramal..

Wallahualam Bissawab.

Thursday, 24 June 2021

Ayat Sajdah ~ Surah As-Sajdah, ayat 15


AYAT SAJDAH

إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِئَايٰتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ

"Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur."

(Quran, Surah As-Sajdah 32: Ayat 15)

Thursday, 17 June 2021

Doa Nabi Yunus


Rasulullah ﷺ berpesan bahawa sesiapa yang berdoa dengan doa Nabi Yunus ini, maka Allah akan memperkenankan doa mereka.

Rasulullah ﷺ bersabda:

فإنه لم يدع بها مسلم ربه في شيء قط إلا استجاب له

“Sesungguhnya tidak ada muslim yang berdoa dengannya untuk apa saja (hajatnya), melainkan akan dimakbulkan Allah doanya itu.”
(Hadis riwayat Imam Ahmad, dinilai Sahih oleh Ahmad Syakir)

Monday, 14 June 2021

Beristiqamah dengan 3 amal soleh ini...


Beristiqamah dengan 3 amal soleh ini:
1. Berpuasa 3 hari setiap bulan (hijrah)
2. Mengerjakan solat dhuha
3. Mengerjakan solat witir sebelum tidur

Followers