Thursday, 11 March 2021

Setiap penyakit ada ubatnya, jangan berputus asa dari Rahmat Allah

Peristiwa Israk & Mikraj dan perintah solat fardhu 5 kali sehari


Peristiwa Israk dan Mikraj adalah satu mukjizat yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Antara peristiwa penting dalam Israk dan Mikraj adalah perintah kewajipan solat fardu lima waktu sehari semalam ke atas orang Islam.

Wednesday, 10 March 2021

Kewajipan menghormati dan menyayangi ibu bapa


Allah SWT berfirman dalam surah al-Isra' ayat 23:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Ertinya:
"Dan Rabbmu telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadah kepada selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia".

(Quran, Surah al-Isra', 17: 23)

Jom berselawat keatas Nabi s.a.w اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا

Tuesday, 9 March 2021

7 amalan yang mengalirkan pahala berterusan



7 AMALAN YANG MENGALIRKAN PAHALA BERTERUSAN (جارية)

Dari Anas RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Terdapat tujuh jenis pahala yang akan terus menerus diterima oleh seseorang itu walaupun selepas kematiannya. Tujuh amalan tersebut ialah:-

(1) Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna, selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya

(2) Sesiapa yang mengalirkan air sungai ke kebun-kebun, maka pahala akan terus-terusan sampai kepadanya selagi ada orang yang menggunakan terusan tersebut.

(3) Orang yang menggali perigi, selagi mana ada orang yang menggunakannya.

(4) Sesiapa yang menanam tanam-tanaman, selama mana ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

(5) Sesiapa yang mendirikan masjid, maka ganjaran pahalanya akan tetap diterima selagi Masjid itu digunakan untuk beramal ibadat di dalamnya.

(6) Sesiapa yang mewariskan (menulis/mewakaf) mushaf (al-Quran) atau kitab, dia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

(7) Orang yang meninggalkan anak yang soleh, lalu anak tersebut mendoakan kedua orang tuanya dan mereka beristighfar untuk kedua ibubapanya itu. Iaini anak yang selalu diajari ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala guru itu sendiri.

[Al-Jami’ Al-Sahih/Sahih Bukhari]

Ilmu & Amal

Followers