Thursday, 26 November 2020

"Hasbunallahu wa ni’mal wakil" حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ


حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
"Hasbunallahu wa ni’mal wakil."

"Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung." (surah Ali-Imran: 173)

Diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim diletakkan di atas tunku api, Jibril bertanya kepada baginda – "Apakah engkau memerlukan sesuatu pertolongan dariku?" Nabi Ibrahim lantas menjawab – “Aku tidak memerlukan apa-apa pertolongan darimu. Aku hanya memerlukan pertolongan dari Allah”.

Baginda kemudiannya menyebut kalimah "Hasbunallah wa ni’mal wakil" ketika dicampakkan ke dalam api, dan dengan izin Allah, api itu menjadi dingin dan selamatkan Nabi Allah itu dari dibakar. Subahannallah..

Nabi Muhammad s.a.w. juga diriwayatkan menyebut-nyebut kalimah Hasbunallah wa ni’mal wakil ketika di dalam perang Badar, sehingga Allah memberikan kememangan kepada baginda.

Lihatlah betapa pengasih dan penyayangnya Allah terhadap hamba-hamba-Nya yang berserah diri dan bertawaqal kepadaNya. Seharusnya, bila kita dalam kesusahan, atau kemurungan, kita kembali pada Allah, berzikir, bersolat sunat, membaca Al-Quran dan bermunajat padanya. Kalimah "Hasbunallah wa ni’mal" wakil elok kita jadikan sebagai amalan, kerana ia mampu menenangkan jiwa dan menyejukkan hati. Ketenangan hakiki hanya boleh diperolehi dengan mendekatkan diri kepada pencipta kita, Allah s.w.t.

Allah memberikan pertolongan dan ketenangan kepada hamba-hambaNya yang mendekatkan diri kepadaNya. Dari sini terlihatlah bahawa Allah itu Tuhan Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Memberi Pertolongan, Maha Melindungi dan Maha Mengasihi ketika kita sebagai hamba, menyandarkan diri kita kepadaNya. Oleh itu, jika anda mendapat sebarang musibah, masalah, tekanan atau kemurungan, usahlah melakukan perkara-perkara di luar batasan dan meratapi masalah yang menimpa, kerana itu semua tidak dapat mengubat kelukaan hati, ia cuma menambahkan dosa dan kesakitan dalam hati anda.

Serahkanlah segala-galanya kepada Allah, DIA mengetahui apa yang terbaik untuk anda di dunia dan akhirat. Ubatilah jiwa anda dengan mengucapkan kalimah "Hasbunallah wa ni’mal wakil" berkali-kali hingga anda rasa tenang dan lapang.. Allah sentiasa bersama-sama orang yang mengingatiNya.. Marilah kita sama-sama mengamalkan kalimah ini setiap waktu dan setiap ketika, tidak kira waktu susah atau senang, moga rahmat dan keredhaan Allah sentiasa bersama-sama kita di dunia & akhirat.. Insya Allah.

Doa iftitah beserta maksudnya (Doa yang dibaca pada rakaat pertama sebelum membaca surah Al-Fatihah)



Berusaha berubah kepada yang lebih baik

Penuntut ilmu sentiasa dirahmati Allah

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat tahajjud dan amal-amal soleh)...


"Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami berikan kepada mereka."

(Quran, Surah As-Sajdah, 32:16)

Wednesday, 25 November 2020

Siapakah yang akan berada paling DEKAT kedudukannya dengan Rasulullah s.a.w pada hari Kiamat?

Orang-orang yang dilaknat kerana riba... (Sahih Muslim)



Orang-orang yang dilaknat kerana riba

Dari Jabir r.a, beliau berkata Rasulullah s.a.w melaknat pemakan riba, pemberi makan riba, penulisnya dan orang yang menyaksikannya, dan baginda bersabda: "Mereka semua adalah sama." (Sahih Muslim)

Video: Surah At-Taubah (Surah 9, Quran) - Sheikh Feysal Mohamed (Translation: Bahasa melayu & English)

Siapkan bekalan untuk Akhirat

Beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur...


Beristighfar pada pada sahur

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

الصّٰبِرِينَ وَالصّٰدِقِينَ وَالْقٰنِتِينَ وَالْمُنْفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالْأَسْحَارِ
"(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur."
(Quran, Surah Ali 'Imran 3: Ayat 17)

Ilmu & Amal

Followers