Friday, 13 November 2020

Dihalau dari Telaga Nabi ﷺ kerana semasa hidup mereka menukar perkara-perkara dalam agama



Dihalau dari Telaga Nabi ﷺ kerana semasa hidup mereka menukar perkara-perkara dalam agama

Daripada Abu Hurayrah radiyallah 'anh, bahawasanya Rasulullah pernah menziarahi sebuah tanah perkuburan, lalu baginda berkata,

“Salam sejahtera buat kalian wahai penghuni tempat tinggal orang-orang beriman. Kami juga nanti insya-Allah pasti akan menyusuli kalian... Sesungguhnya aku mahu sekali untuk berjumpa saudara-saudara kita.”

Para sahabat bertanya, “Tidakkah kami ini ialah saudaramu, wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab, “Kalian ialah para sahabatku. Adapun saudara-saudara kita ialah mereka yang akan datang selepas kita.”

Lalu para sahabat bertanya lagi, “Bagaimana kamu boleh mengenali umat-umat yang datang selepas daripada ini, wahai Rasulullah?”

Baginda ﷺ menjawab, “Bayangkan sekiranya seseorang itu memiliki seekor kuda putih yang duduk di tengah-tengah kuda yang hitam, tidakkah dia akan mengenali kudanya sendiri?”
Mereka menjawab, “Sudah tentu, wahai Rasulullah.”

Baginda berkata, “Sesungguhnya umatku akan datang pada hari kiamat kelak dalam keadaan bersinar-sinar kerana kesan air wuduk mereka. Dan akulah yang akan menunggu mereka di Telaga.

Dan ketahuilah bahawa akan ada sekumpulan manusia yang dihambat daripada Telagaku sebagaimana unta sesat yang dihambat pergi.

Aku akan memanggil mereka, “Kenapa kalian tidak datang mendekati bersama?”

Lalu aku diberitahu, “Sesungguhnya mereka itu telah menukar perkara-perkara dalam agama setelah kamu tiada.”

Maka aku pun berkata kepada mereka, “Pergilah menjauh! Pergilah menjauh!”

[Ṣaḥīḥ Muslim, no. 249a]
Disunting daripada terjemahan us. Amirul Bazlan

Video: Surah Al-Jumu'ah (Surah 62, Quran) - Recited by Sheikh Abdullah al Samarqandi (Translation: English)

Video: Surah Al Jumu'ah (Surah 62, Quran) - Sheikh Abdul Rahman Al-Ausy (Terjemahan: Bahasa Melayu)

Video: Surah Al-Jumu'ah (Surah 62, Quran) - Ustaz Khoirul Muttaqiin Al-Hafiz (Terjemahan: Bahasa Melayu)

Video: Surah Al-Jumu'ah (Surah 62, Quran) - Sheikh Abdul Majid Al-Arkani (Terjemahan: Bahasa Melayu)

Viedo: Surah Al-Jumu'ah (Surah 62, Quran) - Sheikh Hani Ar-Rifa'i (Terjemahan: Bahasa Melayu)

Selalulah beristighfar memohon keampunan dari Allah

Nabi s.a.w bersabda, sesiapa yang bersabda:
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
“Astaghfirullahal-‘azim allazi la ilaha illa huwal hayyul qayyum waatubu ilaih”, nescaya diampunkan baginya sekalipun dosanya sebesar lari dari medan perang.
(Hadis riwayat Imam Tirmizi, hadis no: 3577)

Nabi s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya".
(Hadis riwayat Imam Abu Daud)

Perintah mencari rezeki yang Halal



Perintah Mencari Rezeki Yang Halal:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.”
(Riwayat Ibn Majah dan al- Tabrani)
Pengajaran Hadis:
i) Islam amat menitikberatkan masalah pencarian rezeki oleh manusia di mana setiap makhluk Allah itu telah ditentukan rezekinya masing-masing sejak ia berada di dalam perut ibunya lagi.
ii) Antara bahaya kemiskinan itu ia boleh membuatkan seseorang itu melakukan apa sahaja. Contohnya seorang perempuan akan sanggup menggadaikan sesuatu yang amat berharga yang ada pada dirinya kerana inginkan sedikit perbelajaan untuk keperluan harian, walaupun secara terpaksa dan sedar yang perbuatan itu adalah terkutuk, tetapi keadaan yang tertekan memaksa ia melakukannya.
iii) Mencari rezeki yang halal adalah kewajipan setiap mukmin. Oleh itu Islam amat menuntut supaya umatnya banyak bersabar dan jangan mudah berputus asa dalam mencari rezeki tetapi hendaklah berusaha bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakkal kepada Allah kerana rahmat Allah S.W.T adalah sangat luas dan Dia tidak akan mensia-siakan doa dan usaha hamba-Nya.
iv) Sesungguhnya kemiskinan dan kesempitan hidup adalah satu ujian daripada Allah S.W.T namun begitu perlu direnungkan juga bahawa pendapatan (rezeki) yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia itu sebenarnya adalah lebih baik daripada pendapatan (rezeki) yang banyak tetapi melalaikan. Di sinilah pentingnya keberkatan rezeki yang bakal menentukan kebahagian hidup manusia di dunia dan akhirat.

Video: Surah Ar-Rahman (Surah 55, Quran) ~ Sheikh Hussim Al Din Abadi (Translation: English)

Ilmu & Amal

Followers