Janganlah menunda pekerjaanmu hingga esok hari sesuatu yang kamu mampu lakukan hari ini.
Wednesday, 20 February 2019
Tuesday, 19 February 2019
Kelebihan Membaca Surah al-Mulk
Kelebihan Membaca Surah al-Mulk
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.
(Hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi katanya bahawa hadis hasan)
Huraian Hadis:
Hadith ini menunjukkan kelebihan surah “Tabaraka”. Orang yang sentiasa mengamalkan membaca surah “al-Mulk” sehingga akhir surah akan diampunkan oleh Allah SWT segala dosanya. Kerana itu surah ini sangat wajar dihafaz dan dibaca setiap hari.
Al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah SWT mempunyai berbagai-bagai faedah dan rahmat kepada orang yang membacanya dan mengamalkannya seperti penawar kepada penyakit tertentu dan lain-lain.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin
Kelebihan surah Al-Mulk
Kelebihan Surah Al-Mulk
وعن ابن مسعود رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ” سورة تبارك هي المانعة من عذاب القبر ” أخرجه أبو الشيخ في ” طبقات المحدثين بأصبهان ” الورقة 133 وسنده حسن.
Ertinya:
“Dan dari Ibnu Mas’ud Radhiyallahu Anhu berkata: Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Surat Tabarok adalah Al-Mani’ah (penghalang/pelindung) dari siksa kubur”.
(Hasan, HR Abu Syeikh dalam kitab Thabaqat Al-Muhadditsin bi-Asbahan (133) di hasankan oleh Syeikh Al-Arna’ut dalam hasyiyah “Shahih ibnu Hibban” (3/68) dan Syeikh Al-Albani dalam Silsilah As-Shahihah (3/131) no. (1139))
#Quran #SurahAlMulk #Surah67 #Islam #Muslim
Kelebihan membaca Al-Quran
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”.
[Hadis Riwayat al-Tirmizi, no. hadith 2835]
Kasihi Yang Muda, Hormati Yang Tua
Kasihi Yang Muda, Hormati Yang Tua
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُوَقِّرْ كَبِيرَنَا وَيَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَ عَنْ الْمُنْكَرِ
Dari Ibnu Abbas RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah termasuk golongan kami, mereka yang tidak mengasihi anak-anak kecil kami dan tidak pula menghormati orang tua kami, serta tidak menyuruh yang makruf dan melarang yang mungkar."
(Hadis Riwayat Tirmizi No: 1844)
Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Orang yang tidak mengasihi anak-anak kecil dan menghormati orang tua – mereka tidak mengikuti sunah Rasulullah dan adab seorang Muslim.
2. Menghormati orang tua atau orang yang lebih tua daripada kita termasuk sunnah Nabi. Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ جِبْرِيلَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَنِي أَنْ أُكَبِّرَ
"Jibril telah menyuruhku untuk mendahulukan orang-orang yang lebih tua" (HR. Ahmad No:1555)
3. Untuk menjadi orang yang bersama Rasulullah, kita perlu berperanan berdakwah ditengah-tengah masyarakat iaitu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada kemungkaran.
Berusahalah kita mencontohi Rasulullah SAW dengan menghormati orang yang lebih tua dari kita, menyayangi yang muda serta berusaha mengajak kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran.
Monday, 18 February 2019
Saturday, 16 February 2019
Keutamaan solat sunat Witir & Dhuha
Panduan Solat Sunat Witir ► http://goo.gl/PbQQLe
Panduan Solat Sunat Dhuha ► http://goo.gl/T1p8A
Keutamaan Solat Dhuha ► https://goo.gl/y30okb
Friday, 15 February 2019
Surah Ad-Dhuha (Surah 93, Quran) - Sheikh Mishari Rashid Al Afasy
---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Thursday, 14 February 2019
Ilmu & Amal
- Anjuran bangun malam untuk mengerjakan solat tahajjud - 1/17/2023
- Kelebihan yang besar bagi solat ‘Isyak dan Subuh secara berjemaah - 1/17/2023
- Ganjaran Besar Untuk Pembaca Quran - 1/8/2023
- Ksya Hati - 1/7/2023
- Bangunlah beribadah malam - 1/7/2023