Saturday, 29 December 2018

Sunnah yang diabaikan

SUNNAH YANG DIABAIKAN

Makmum tidak turun sujud melainkan imam telah meletakkan dahinya di tempat sujud.

Ramai di kalangan kita yang solat berjamaah mengabaikan sunnah ini. Boleh dikatakan 90% turun serentak dengan imam untuk sujud sedangkan para sahabat r.a yang bersolat di belakang Nabi saw tidak turun sujud melainkan Baginda saw telah meletakkan dahinya di tempat sujud sebagaimana Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim ini:

عن البراء بن عازب

كانوا يصلون مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فإذا ركع ركعوا ، و إذا قال : " سمع الله لمن حمده " لم يزالوا قياما حتى يروه قد وضع وجهه ( و في لفظ : جبهته ) في الأرض ، ثم يتبعونه.

Daripada al Barra' bin Azib r.a : Para sahabat bersolat bersama Rasulullah saw, apabila Baginda saw telah ruku', mereka pun ruku'. bila Baginda berkata "Samiallahu liman hamidah",
mereka kekal berdiri sehinggalah mereka melihat Nabi saw meletakkan dahinya di lantai kemudian baru mereka mengikutinya.
[Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim ]

Friday, 28 December 2018

Sedekah dengan lisan

Sedekah dengan lisan.

Apa dosa yang paling besar?

Apa dosa yang paling besar?

Hadis: Penyakit umat-umat terdahulu

Rasulullah s.a.w bersabda: 

"Kelak akan menimpa umatku penyakit umat-umatku terdahulu, iaitu penyakit sombong, kufur nikmat, dan lupa diri dalam memperoleh harta dan bermegah-megah dengan harta. Mereka terjurumus dalam jurang kemenangan dunia, saling bermusuhan, saling iri dengki dan dendam sehingga melakukan kezaliman." 

(Hadis Riwayat Al-Haakim) 


Semoga Allah melindungi kita dari penyakit dan musibah ini. Aamiin.

Doa Yang Paling Didengari Oleh Allah SWT

Doa Yang Paling Didengari Oleh Allah SWT


Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab.


"Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu".


(Sunan At-Tirmizi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmizi 3/167-168 No. 2782)

Thursday, 27 December 2018

Doa Nabi s.a.w apabila ditimpa kesusahan/kesulitan

Doa Nabi s.a.w apabila ditimpa kesusahan/kesulitan

Semoga Allah سبحانه وتعالى meringankan beban dan kesusahan yang dialami.

Saksi di Akhirat

Saksi di Akhirat

Ilmu & Amal

Followers