Tuesday, 13 November 2018

Keutamaan solat berjemaah

Keutamaan solat berjemaah.

Solat yang paling berat dilaksanakan oleh orang munafik...

Solat yang paling berat dilaksanakan oleh orang munafik...


Doa mohon dicukupkan keperluan - baca 7 kali pagi dan petang


Firman Allah yang bermaksud: Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai arasy yang besar. (at-Taubah: 129)
Keterangan ayat
Menurut Ibn Abi Hatim, perkataan arasy dalam al-Quran merujuk kepada tempat yang tinggi yang dijadikan Allah. (Tafsir Ibn Abi Hatim, tafsir ayat 129 surah at-Taubah)
Dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi SAW sering berdoa menyeru Allah yang memiliki arasy yang hebat ketika menghadapi keadaan kritikal.
Abu Daud dan Ibn al-Sunni meriwayatkan daripada Abu Darda' r.a secara mauquf bahawa Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang membaca ayat ini pada waktu pagi dan petang sebanyak tujuh kali, maka Allah akan mencukupkan semua urusan dunia dan akhiratnya. (al-Durrul Manthur, tafsir ayat 129 surah at-Taubah)
Beramal
Mudah-mudahan kita dapat mengamalkan ayat yang pendek ini untuk mendapat keselamatan daripada Allah SWT.


Keutamaan beristighfar

Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa yang mengucapkan:

ุฃูŽุณู’ุชูŽุบู’ููุฑู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ุงู„ู’ุนูŽุธููŠู…ูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ู„ุงูŽ ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ุงู‘ูŽ ู‡ููˆูŽ ุงู„ู’ุญูŽูŠู‘ูŽ ุงู„ู’ู‚ูŽูŠู‘ููˆู…ูŽ ูˆูŽุฃูŽุชููˆุจู ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู 

โ€œAstaghfirullahal-โ€˜azim allazi la ilaha illa huwal hayyul qayyum waatubu ilaihโ€, nescaya diampunkan baginya sekalipun dosanya sebesar lari dari medan perang. 

(Hadis riwayat Imam Tirmizi, hadis no: 3577) 


Rasulullan s.a.w bersabda, 

"Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya". 

(Hadis riwayat Imam Abu Daud)

Wasiat (pesanan) Imam Al-Ghazali - 10 perkara wajib disertai dalam amalan kebajikan

Wasiat Imam Al-Ghazali: 

10 Perkara Wajib Disertai Dalam Amalan Kebajikan


. Ikhlas dalam beramal.

. Ikhlas dalam memohon pahala kepada Allh SWT.

. Penuh Keikhlasan.

. Menyerah segala amalan kepada Allah SWT.

. Menjaga diri, jangan sampai menyakiti hati orang lain.

. Membulatkan tekad.

. Mengingati kebaikkan dan Jasa Allah SWT.

. Menggunakan waktu sebaik-baiknya untuk beramal.

. Mengagungkan taufiq Allah Azzawajal.

. Semata-mata takut kepada Allah SWT.


Minhajul Abidin. m/s: 407.

Followers