Saturday 29 December 2018

Juz 28 (Surah 58-66, Quran) - Qari Muhammad Hady Toure

Surah Al-Hasyr (Surah 59, Quran) - Sheikh Abdul Aziz Az Zahrani



---

Alfalah Consulting KL: www.alfalahconsulting.com

Zikir selepas solat subuh

ZIKIR YANG DIBACA SELEPAS SOLAT SUBUH

Daripada Abu Dzar radhiallahu 'anhu bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ قَالَ فِي دُبُرِ صَلَاةِ الْفَجْرِ وَهُوَ ثَانٍ رِجْلَيْهِ قَبْلَ أَنْ يَتَكَلَّمَ
"Barangsiapa yang setelah solat Subuh dan dalam keadaan masih melipatkan kedua kakinya (duduk tasyahud akhir) sebelum berbicara,  dia mengucapkan;

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya seluruh kerajaan dan bagi-Nya seluruh pujian, Dia Yang menghidupkan, serta mematikan, dan Dia maha berkuasa melakukan segala sesuatu.)

Sebanyak 10 kali, nescaya dituliskan baginya 10 kebaikan, dihapuskan darinya 10 keburukan, ia diangkat 10 darjat, di harinya itu ia berada dalam perlindungan dari segala keburukan dan dia dijaga daripada syaitan, serta tidak sepantasnya dosa menimpa dirinya di hari tersebut kecuali dosa menyekutukan Allah."

[HR. Tirmizi (3474), At-Tirmizi mengatakan hadith hasan gharib sahih. Syeikh al-Albani pula menilai hadith ini hasan lighairihi di dalam Sahih At-Targhib wa At-Tarhib, no. 472]

Sunnah yang diabaikan

SUNNAH YANG DIABAIKAN

Makmum tidak turun sujud melainkan imam telah meletakkan dahinya di tempat sujud.

Ramai di kalangan kita yang solat berjamaah mengabaikan sunnah ini. Boleh dikatakan 90% turun serentak dengan imam untuk sujud sedangkan para sahabat r.a yang bersolat di belakang Nabi saw tidak turun sujud melainkan Baginda saw telah meletakkan dahinya di tempat sujud sebagaimana Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim ini:

عن البراء بن عازب

كانوا يصلون مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فإذا ركع ركعوا ، و إذا قال : " سمع الله لمن حمده " لم يزالوا قياما حتى يروه قد وضع وجهه ( و في لفظ : جبهته ) في الأرض ، ثم يتبعونه.

Daripada al Barra' bin Azib r.a : Para sahabat bersolat bersama Rasulullah saw, apabila Baginda saw telah ruku', mereka pun ruku'. bila Baginda berkata "Samiallahu liman hamidah",
mereka kekal berdiri sehinggalah mereka melihat Nabi saw meletakkan dahinya di lantai kemudian baru mereka mengikutinya.
[Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim ]

Friday 28 December 2018

Sedekah dengan lisan

Sedekah dengan lisan.

Apa dosa yang paling besar?

Apa dosa yang paling besar?

Hadis: Penyakit umat-umat terdahulu

Rasulullah s.a.w bersabda: 

"Kelak akan menimpa umatku penyakit umat-umatku terdahulu, iaitu penyakit sombong, kufur nikmat, dan lupa diri dalam memperoleh harta dan bermegah-megah dengan harta. Mereka terjurumus dalam jurang kemenangan dunia, saling bermusuhan, saling iri dengki dan dendam sehingga melakukan kezaliman." 

(Hadis Riwayat Al-Haakim) 


Semoga Allah melindungi kita dari penyakit dan musibah ini. Aamiin.

Doa Yang Paling Didengari Oleh Allah SWT

Doa Yang Paling Didengari Oleh Allah SWT


Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab.


"Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu".


(Sunan At-Tirmizi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmizi 3/167-168 No. 2782)

Thursday 27 December 2018

Doa Nabi s.a.w apabila ditimpa kesusahan/kesulitan

Doa Nabi s.a.w apabila ditimpa kesusahan/kesulitan

Semoga Allah سبحانه وتعالى meringankan beban dan kesusahan yang dialami.

Saksi di Akhirat

Saksi di Akhirat

Ilmu & Amal

Followers