Monday, 30 November 2020
Sunday, 29 November 2020
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Allah sebaik-baik pelindung
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمٰنًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
"Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pelindung (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)."
(Quran, Surah Ali 'Imran 3: Ayat 173)
Saturday, 28 November 2020
Friday, 27 November 2020
Berselawatlah keatas junjungan besar Rasulullah s.a.w
Thursday, 26 November 2020
Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. Orang yang bertaubat atas dosanya, bagaikan orang yang tidak berdosa (HR Ibnu Majah)
Skim cepat kaya/money game/scam ~ kerana seekor monyet
Skim cepat kaya/money game/scam
KERANA SEEKOR MONYET 🐒
Hadami kisah ini. Dalam sebuah kampung, ada banyak monyet liar. Suatu hari datang seorang peniaga. Dia beritahu orang kampung mahu membeli monyet dengan harga RM100 untuk seekor.
Orang kampung fikir peniaga itu gila, mana ada orang sanggup beli seekor monyet dengan harga begitu. Seorang penduduk tangkap seekor monyet dan bawa kepada peniaga itu untuk lihat betul atau tidak kata-katanya. Apabila benar-benar dia mendapat bayaran RM100, maka lepas itu berita tersebut tersebar meluas. Maka, berduyun-duyunlah orang kampung pergi menangkap monyet dan menjualnya kepada peniaga tersebut.
Tak lama kemudian, peniaga itu umumkan bahawa dia akan membeli setiap ekor monyet dengan harga RM200 seekor. Bertambah kecoh jadinya. Penduduk tak senang duduk, asyik memburu monyet. Mereka tersenyum lebar bila dapat bayaran RM200 untuk seekor monyet yang dijual.
Kemudian, peniaga itu umumkan lagi berita mengejutkan. Dia akan beli dengan harga RM500 untuk seekor monyet. Bertambah rambang mata penduduk bila mendengarnya. Jadi macam orang sasau ke sana ke mari mencari monyet. Tapi, ketika itu hanya tinggal beberapa ekor saja monyet. Akhirnya, kesemua monyet telah habis ditangkap dan dijual kepada peniaga itu.
Orang kampung menunggu lagi, apa kejutan yang akan diumumkan peniaga itu. Si peniaga memberitahu, dia akan pulang ke kampung halamannya selama seminggu. Selepas itu, dia akan datang semula ke kampung itu dan akan membeli monyet yang ditangkap penduduk dengan harga RM1,000 seekor! Terkejut beruk penduduk kampung mendengarnya.
Sebelum pergi, peniaga itu berpesan pada seorang pekerjanya yang bertugas menjaga kesemua monyet dalam kurungan yang dibelinya sebelum itu. Lalu, peniaga itu pun pulang ke kampung halamannya...
Penduduk kampung pula separuh gila mencari monyet, tapi seekor pun tiada. Semua telah ditangkap dan dijual kepada peniaga itu.
Dalam kekalutan mereka mencari monyet itu, muncul pekerja peniaga tadi. Pekerja itu beritahu orang kampung, dia boleh jualkan secara rahsia monyet dalam jagaannya kepada mereka dengan harga RM700 seekor. Orang kampung boleh dapat untung RM300 bila menjualnya semula kepada peniaga itu nanti.
Sepantas kilat berita ini tersebar. Ibarat kata orang sekarang, jadi viral. Esoknya, punyalah panjang orang kampung berbaris hendak beli monyet daripada pekerja itu. Yang orang kaya siap beli secara pukal. Yang orang miskin pun tak nak lepaskan peluang, sanggup pinjam sana sini sebab nak beli monyet tu.
Akhirnya, pekerja itu berjaya menjual kesemua monyet dalam kandang itu dengan harga RM700 seekor.
Dengan gembira, penduduk kampung bawa pulang monyet-monyet yang dibeli tadi sambil pasang angan-angan dan kira-kira tentang keuntungan yang bakal mereka terima kelak.
Tapi, dari sehari ke sehari, peniaga yang dinanti tidak kunjung tiba. Mereka cari pula pekerjanya yang menjual monyet itu kepada mereka, pun sudah lesap hilang entah ke mana.
Akhirnya, barulah penduduk kampung sedar mereka sudah terbeli monyet liar yang tidak berguna dengan harga RM700 seekor dan tidak mampu menjualnya kepada sesiapa pun. Maka monyet pun tersengih mentertawakan ‘kecerdikan’ penduduk kampung itu.
🌺Moral cerita: Itulah realiti perniagaan yang digelar 'monkey business' yang banyak memperdayakan orang. Ingat, tiada jalan mudah atau jalan pintas untuk mendapatkan wang. Perlu ada usaha, kecekalan, kesabaran, doa dan tawakal kepada Allah.
"Hasbunallahu wa ni’mal wakil" حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat tahajjud dan amal-amal soleh)...
Wednesday, 25 November 2020
Orang-orang yang dilaknat kerana riba... (Sahih Muslim)
Beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur...
Beristighfar pada pada sahur
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
الصّٰبِرِينَ وَالصّٰدِقِينَ وَالْقٰنِتِينَ وَالْمُنْفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالْأَسْحَارِ
"(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur."
(Quran, Surah Ali 'Imran 3: Ayat 17)
Tuesday, 24 November 2020
Sayyidul Istighfar
Sayyidul Istighfar
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa mengucapkan zikir ini di siang hari dalam keadaan penuh keyakinan, lalu ia mati pada hari tersebut sebelum petang hari, maka ia termasuk penghuni Syurga.
Barangsiapa yang mengucapkan di mlm hari dalam keadaan penuh keyakinan, lalu ia mati sebelum pagi, maka ia termasuk penghuni Syurga."
(Hadis riwayat Imam Bukhari)
Monday, 23 November 2020
Sunday, 22 November 2020
Selawat ke atas Rasulullah s.a.w merupakan satu tuntutan di dalam Islam sebagai tanda ingatan, kasih sayang dan terima kasih umat kepada junjungan besar Nabi Muhammad
Beristiqamah dalam beribadah
Istiqamah
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Dan sungguh amalan yang paling dicintai Allah iaitu amalan yang dikerjakan secara terus menerus walaupun sedikit."
(Hadis riwayat Imam Bukhari)
Saturday, 21 November 2020
Friday, 20 November 2020
Hadis Kelebihan Surah Al-Mulk
Hadis Kelebihan Surah Al-Mulk
1. Ada suatu surah dalam Al Quran yang terdiri dari tiga puluh ayat dan dapat memberi syafa’at bagi yang membacanya, sehingga dia diampuni, iaitu: surah Al Mulk. (HR. Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)
2. Surah Al Mulk adalah penghalang dan penyelamat yang menyelamatkan pembacanya dari seksa kubur. (HR. Tirmidzi)
3. Dahulu Nabi tidak tidur malam sebelum baginda SAW membaca surah As Sajdah dan surah Al Mulk. (HR. Tirmidzi)
4. Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, maka Allah akan menghalanginya dari seksa kubur. Para sahabat di masa Rasulullah SAW menamakan surat tersebut “Al Mani’ah” (penghalang dari siksa kubur). (HR. An Nasai)
Thursday, 19 November 2020
Pernah dengar mengenai saham 'blue chip'?
Pernah dengar mengenai saham 'blue chip'?
Saham 'blue chip' merupakan syarikat-syarikat besar tersenarai di dalam Bursa Malaysia yang mempunyai reputasi tinggi, terutamanya daripada segi kedudukan kewangan dan kestabilan syarikat.
Istilah 'blue chip' diambil daripada permainan poker, di mana cip berwarna biru adalah cip yang paling mahal. Ya, walaupun harga saham tersebut boleh dikatakan agak mahal, ianya masih digemari dan popular di kalangan pemain saham kerana kekuatannya untuk kekal stabil semasa kegawatan ekonomi dan sesuai bagi pelaburan jangka masa panjang.
PMB Shariah Premier Fund (PMB SPF) adalah dana ekuiti jenis pertumbuhan di bawah pengurusan PMB Investment yang telah memenangi pelbagai anugerah tertinggi berkaitan pelaburan dana unit amanah patuh syariah di Malaysia serta global. Sesuai dengan namanya yang 'Premier', dana ini memberikan fokus dalam saham-saham 'blue chip', iaitu 50 saham patuh syariah terbesar dari segi pasaran modal (pada waktu pembelian) tersenarai dalam Bursa Malaysia. Dengan kata lain, pelabur PMB SPF secara tidak langsung memiliki pelaburan dalam sebahagian saham-saham ini dengan modal rendah.
Untuk melihat sendiri prestasi PMB SPF ketika ini, anda boleh rujuk fakta dana di laman web kami dan PM sahaja mana-mana konsultan kami atau hubungi pejabat jualan PMB Investment berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum melabur.
✅ Untuk melabur dalam dana PMB SPF dan 15 dana-dana patuh Syariah PMB INVESTMENT, sila hubungi:
www.wasap.my/60192348786/PMBinvestment
Sanusi | GAM & Consultant
PMB INVESTMENT | KL
Wednesday, 18 November 2020
Tidak ada yang dapat menolak taqdir (ketentuan) Allah Ta'ala selain do'a
Tuesday, 17 November 2020
Dana mana yang sedang tunjukkan prestasi cemerlang (tengah 'perform')?
Dana mana yang tengah 'perform' ya?
Sebelum menjawab soalan di atas, cuba rujuk kembali posting kami sebelum ini dan muat turun fakta tabung PMB Investment setakat 31 Oktober 2020. Kemudian anda lihat di bahagian 'Performance Record': https://bit.ly/2GS9Pzw
Bagi tempoh setahun setakat 31 Oktober 2020, boleh dikatakan hampir kesemua dana di bawah pengurusan kami berjaya mengatasi prestasi indeks penanda aras. 🙂
Jadi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan indeks penanda aras? Ianya merupakan satu bentuk petunjuk yang diwujudkan bagi memberi gambaran berkenaan prestasi pasaran saham di Malaysia.
Setiap dana mempunyai indeks penanda arasnya sendiri tetapi yang sering digunapakai untuk pelaburan dana ekuiti unit amanah patuh syariah seperti ditawarkan PMB Investment adalah FTSE Bursa Malaysia Emas Shariah (FBMSHA).
Secara ringkasnya, ianya akan menjadi tanda pengukur prestasi dana-dana yang anda pilih untuk melabur. Dana yang berjaya mengatasi prestasi indeks penanda aras memberi gambaran bahawa dana tersebut sedang berada dalam prestasi yang cemerlang atau sekurang-kurangnya lebih baik berbanding pasaran semasa.
Walaupun begitu, perlu diingatkan prestasi lalu dana bukan petunjuk atau gambaran bagi prestasi masa hadapan. Jadi, dana mana yang menjadi pilihan anda?
PM mana-mana konsultan kami untuk maklumat lanjut.
www.wasap.my/0192348786/PMBinvestment
Sanusi | GAM & Consultant
PMB INVESTMENT | KL
Akhlak Rasulullah s.a.w terhadap keluarga Baginda
Carilah yang halal sahaja
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Akan datang bagi manusia suatu zaman dimana orang tidak peduli apakah harta yang diperolehnya halal atau haram."
(Hadis riwayat Imam Bukhari)
Adakah konsultan anda berdaftar?
Pelaburan patuh Syariah - dana patuh Syariah (Islamic unit trust fund) PMB INVESTMENT
Ilmu & Amal
- Anjuran bangun malam untuk mengerjakan solat tahajjud - 1/17/2023
- Kelebihan yang besar bagi solat ‘Isyak dan Subuh secara berjemaah - 1/17/2023
- Ganjaran Besar Untuk Pembaca Quran - 1/8/2023
- Ksya Hati - 1/7/2023
- Bangunlah beribadah malam - 1/7/2023