Saturday 11 September 2021

Muslim yang baik

Satu selawat dibalas sepuluh


Satu selawat dibalas sepuluh 💙

Jom berselawat keatas Nabi ﷺ

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Fokus

FOKUS

Semasa solat kita perlu khusyuk (fokus/berikan tumpuan). Dari sini kita pelajari bahawa fokus juga diperlukan dalam kehidupan kita; pekerjaan, perkhidmatan, perniagaan, pembelajaran, perlawanan sukan, memandu dan sebagainya...perlukan fokus, berikan tumpuan. Tanpa fokus, kejayaan sukar dicapai kerana banyak penyimpangan antara minda dan tindakan.

~ Ahmad Sanusi Husain

Thursday 9 September 2021

Doa agar dikurniakan zuriat dan keturunan yang baik

Ucapkan takziah kepada mereka yang ditimpa musibah


Ucapkan Takziah Kepada Mereka Yang Ditimpa Musibah

Diriwayatkan oleh Abu ‘Umarah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ مُؤْمِنٍ يُعَزِّي أَخَاهُ بِمُصِيبَةٍ إِلاَّ كَسَاهُ اللَّهُ سُبْحَانَهُ مِنْ حُلَلِ الْكَرَامَةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Tidak ada seorang mukmin yang mengucapkan takziah kepada saudaranya disebabkan suatu musibah melainkan Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan
pada hari kiamat kelak.”
[HR Ibn Majah (1601)]

Menurut Imam Al-Sindi, Ucapan takziah kepada saudaranya adalah dengan cara menyuruhnya supaya bersabar. Seperti ucapan ‘’Semoga Allah memberikan ganjaran yang besar kepada kamu’’ dan seumpamanya.
[Hasyiyah Al-Sindi ‘ala Ibn Majah (1/486)]

Wednesday 8 September 2021

Mulai perbuatan baik dengan Busmillah agar kebaikan itu sempurna



Bismillah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani."

Tuesday 7 September 2021

Ucapan ketika bersin dan jawapan bagi yang mendengarnya


Ucapan Ketika Bersin &
Jawapan Bagi Yang Mendengarnya

1. Ucapan selepas bersin:
الْحَمْدُ لِلَّهِ
“Segala Puji Bagi Allah SWT”

2. Ucapan ketika mendengar orang yang bersin bertahmid:
يَرْحَمُكَ اللَّهُ
“Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat kepada kamu”

3. Orang yang bersin membalas semula dengan ucapan:
يَهْدِيْكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ
“Semoga Allah SWT memberikan petunjuk kepada kamu dan memperbaiki hatimu.”

(Hadis riwayat Imam Bukhari, 6224)

Monday 6 September 2021

Jumlah pulangan setahun untuk 7 dana patuh Syariah terbaik PMB INVESTMENT berdasarkan jumlah pulangan setahun seperti pada 1 September 2021


Dana Patuh Syariah PMB INVESTMENT
(Unit amanah Islam/Islamic unit trust)
● 1 September 2021

✅ Jumlah pulangan setahun (year-to-year total return) untuk 7 dana patuh Syariah terbaik PMB INVESTMENT berdasarkan jumlah pulangan setahun seperti pada 1 September 2021 (untuk tempoh 1 September 2020 - 1 September 2021) adalah seperti berikut:
1. PMB Shariah TNB Employees Fund : 17.84%
2. PMB Shariah Tactical Fund : 17.06%
3. PMB Shariah Growth Fund : 14.86%
4. PMB Dana Bestari : 14.89%
5. PMB Shariah ASEAN Stars Equity Fund (MYR) : 14.45%
6. PMB Shariah ASEAN Stars Equity Fund (USD) : 14.15%
7. PMB Dana Al-Aiman : 9.77%

✳ Sumber: Lipper for Investment Management

🟢 PMB INVESTMENT adalah syarikat pengurusan dana Islam (IFMC), anak syarikat PELABURAN MARA BERHAD.
🟢 Penasihat Syariah untuk dana: BIMB Securities
🟢 Pemegang amanah (trustee): AmanahRaya Trustee & CIMB Islamic Trustees

✅ Jika berminat melabur dalam dana-dana patuh Syariah PMB INVESTMENT, sila hubungi:
wasap +60192348786
www.wasap.my/60192348786/DanaPatuhSyariahPMBinvestment
Ahmad Sanusi | Group Agency Manager
@ Alfalah Advisors Agency (AAA)
PMB INVESTMENT | Kuala Lumpur 🇲🇾
www.pmbinvestment.com.my

Patuh Syariah . Cemerlang . Barakah

✳ Prestasi lepas bukanlah jaminan prestasi masa depan suatu dana unit amanah.

Ilmu & Amal

Followers